Categories: polis

5 das tembakan amaran tidak diendahkan terus memecut laju

This post has already been read 383 times!

Polis terpaksa melepaskan 5 das tembakan amaran terhadap sebuah kereta yang dinaiki 6 individu termasuk 3 wanita yang
memecut laju ketika satu pemeriksaan polis dalam sekatan jalan raya di Sungai Lebey Grik Perak pada Isnin 15 April 2024.

Gambar PDRM

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsuddin
Mahmad berkata  peronda MPV Grik menemui kenderaan itu di sebuah stesen minyak di Kuala Rui Grik.

Ketika hendak diperiksa, pemandu kereta tiba-tiba
memecut laju sehingga
memasuki Daerah Baling.

Kenderaan yang ditahan
Suspek yang berjaya diberkas

Bagi mengelakkan kereta
suspek melanggar kenderaan lain, anggota polis MPV GRIK
memberi amaran melalui
alat pembesar suara kenderaan
sebanyak 3 kali.

Bagaimanapun, pemandu kereta enggan memberhentikan
kenderaan menyebabkan anggota polis peronda terpaksa
melepaskan 5 das tembakan amaran ke arah tayar kereta
suspek.

Namun, kenderaan suspek masih memecut laju sehingga terbabas
di atas jambatan Kuala Pegang.

Dua daripada suspek yang dipercayai pemandu dan penumpang hadapan kereta berjaya melarikan diri di bawah
jambatan sebelum menghilangkan diri.

Bagaimanapun, seorang daripada suspek iaitu
warga tempatan berusia 30-an yang melarikan diri berjaya ditahan pada 3 petang hari yang sama.

Shamsudin berkata, seorang lelaki suspek dipercayai masih bebas.

Katanya, pihaknya juga akan menyiasat tembakan yang dilepaskan anggota polis terbabit sama ada mengikut prosedur yang ditetapkan sewaktu tindakan dilakukan.

Hasil pemeriksaan dalam
kenderaan suspek ditemui seorang lelaki dan tiga wanita warga asing berusia antara 23 hingga 39 tahu dengan kesemua mereka tidak mempunyai dokumen lengkap atau dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua tangkapan serta kereta terbabit dirampas dan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling untuk siasatan lanjut.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Gangguan bekalan air di Lembah Klang 5-7 Jun 2024

Lapan wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air pada 5 hingga…

3 hours ago

(VIDEO) Malaysia Terima Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal “KARAOK” Keluaran ROKETSAN Pada 2026

(VIDEO) Perkara itu disahkan oleh Pengurus Serantau bagi Asia Tengah dan Timur Jauh ROKETSAN, Peluru…

20 hours ago

Penggodam Korea Utara curi data dari komputer mahkamah Korea Selatan: Polis

SEOUL: Penggodam Korea Utara mencuri data sensitif, termasuk rekod kewangan individu, daripada rangkaian komputer mahkamah…

1 day ago

Arab Saudi uji teksi terbang, dron musim haji 2024

Menteri Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi, Saleh Al-Jasser, mendedahkan kementeriannya akan menguji penggunaan teksi terbang…

1 day ago

Youtuber maut ditikam semasa buat live depqn mahkamah

Hanya kerana sentiasa bersaing sebagai YouTuber yang sentiasa menyajikan konten paling hebat dan ‘laju’, ada…

2 days ago

Suratan atau Kebetulan Kempen legenda bola sepak dunia dan Pengajaran

Gambar Diego Maradona, Michel Platini & Pele ketika perlawanan kebajikan pada 1988. Perlawanan kebajikan berkenaan…

2 days ago