Peristiwa berdarah ragut 7 nyawa serangan komunis keatas jentera dan pekerja Lebuh Raya Timur Barat 1974

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 128 times!

Kerja-kerja pembinaan lebuhraya Timur-barat sejauh 125KM bermula pada 1970 di bawah kendalian JKR sepenuhnya.

Kerja kerja pembinaan oleh JKR

Dua buah Kem Pangkalan (Base Camps) menempatkan , sebuah di Gerik dan sebuah lagi di Jeli. Di kem inilah keseluruhan tenaga kerja dan kaum keluarga mereka yang terlibat dalam pembinaan lebuh raya itu ditempatkan.

Pembinaan lebuhraya ini dikawal 24 jam oleh pasukan tentera untuk memastikan keselamatan dari gangguan komunis.

Pembinaan yang dikawal oleh Anggota Tentera
Pergerakan jentera sentiasa diawasi oleh pasukan tentera

Walaubagaimanapun pihak komunis tidak berputus asa mencetuskan beberapa insiden serangan keatas pekerja dan pasukan keselamatan.

Antaranya serangan hendap keatas pekerja JKR yang sedang bertugas.


Serangan hendap pada awal pagi Selasa 27 Ogos 1974 benar-benar menunjukkan kekejaman komunis kerana menyerang pekerja yang sedang bekerja membina lebuh raya berkenaan.

Tarikh berkenaan begitu dekat dengan sambutan hari kemerdekaan 31 ogos.

Setiap pagi pekerja diangkut menggunakan lori dari base camp untuk ke tapak pembinaan di Batu 5 dan Batu 7 bermula dari Kuala Rui.

Selepas menurunkan pekerja di Batu 5, lori membawa baki pekerja ke lokasi pembinaan di batu 7 pula.

Tidak sampai 10 minit kemudian, telah berlaku serang hendap komunis yang meragut 3 pekerja JKR serta 4 anggota tentera.

Peristiwa serangan hendap oleh pihak komunis pada 27 Ogos 1974 itu menjadi lambang kegigihan dan pengorbanan generasi dahulu untuk keselesaan generasi masa kini dan akan datang.

Pekerja bergambar dengan pasukan keselamatan

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Fakta ringkas 16 negara tiada angkatan tentera sendiri