Info

Remaja perempuan mengaku salah lakukan aktiviti persundalan

This post has already been read 3814 times!

Remaja perempuan mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan melakukan aktiviti persundalan.

Tertuduh berusia 19 tahun yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Saiful Sayoti, yang kemudian menetapkan 13 Jun untuk sebutan semula kes bagi meneliti laporan sosial dan jatuh hukum.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didapati mencari pelanggan bagi maksud persundalan di sebuah hotel di Gemas pada 2.30 petang, 3 Mei lalu dan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Perang 38 minit paling singkat dalam sejarah

Salah satu peperangan terpendek yang direkodkan dalam sejarah yang berlangsung antara 38 dan 45 minit…

14 hours ago

Lakaran Wajah Suspek Simbah Asid keatas Faisal Halim

Polis mengedarkan lakaran wajah dipercayai suspek terbabit dalam serangan asid terhadap Bintang Selangor FC Faisal…

21 hours ago

8 Rekod Serangan keatas Balai Polis

Kejadian serangan keatas Balai Polis Ulu Tiram bukan kejadian pertama berlaku di negara ini. 8…

2 days ago

Orang paling muda dijatuhkan hukuman mati renjatan elektrik

George Stinney Jr. adalah orang termuda yang dijatuhi hukuman mati di Amerika Syarikat. Dia hanya…

2 days ago

Dua Lelaki ditahan ceroboh Istana Negara bawa parang dalam kereta

Kereta Suspek sedang diperiksa Polis semalam menahan dua lelaki yang menceroboh Istana Negara, dengan sebilah…

2 days ago

Serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan mana-mana kumpulan-Menteri

Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram Johor Baharu pada Jumaat 17 Mei 2024…

3 days ago