Info

Dua Lelaki ditahan ceroboh Istana Negara bawa parang dalam kereta

This post has already been read 361 times!

Kereta Suspek sedang diperiksa

Polis semalam menahan dua lelaki yang menceroboh Istana Negara, dengan sebilah parang di dalam kereta mereka.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, kejadian berlaku kira-kira 4.40 petang ketika suspek tiba di Pintu 3 Istana Negara dengan menaiki Perodua Kembara.

Ketua Polis Kuala Lumpur

Katanya, mereka memberitahu anggota polis yang bertugas mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong.

Setelah diperiksa, sebilah parang ditemui di dalam kenderaan suspek.“Susulan pemeriksaan, pihak polis telah menahan dua orang lelaki warganegara tempatan berusia 29 tahun dan 37 tahun.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif. Kes disiasat dibawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

“Kesemua suspek ditahan reman selama hari mulai 18 sehingga 21 Mei 2024 bagi tujuan siasatan lanjut,” kata Rusdi dalam satu kenyataan hari ini.

Polis turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita tidak pasti mengenai kejadian itu.

Ini bukan kali pertama kejadian percubaan menceroboh istana berlaku.

Pada 2020, seorang bekas pekerja hotel dipenjara lima bulan kerana cuba memasuki istana Johor.

Pada tahun yang sama, seorang pemandu lori ditahan kerana cuba merempuh kenderaannya ke pintu pagar Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak.

Suspek, Muhammad Lokman Mohamad Termizi, didapati memiliki pistol mainan, dan sebilah pisau selepas ditahan.

Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun sembilan bulan.

Tahun lalu 2023, seorang peniaga roti canai dipenjara sebulan, dan didenda RM500 kerana cuba memasuki Istana Negara.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Cerita inspirasi Jack Ma Gaji dan Keuntungan

Jack Ma yang memiliki aset USD24.5 Billion pernah berkata, “Jika anda meletakkan pisang dan wang…

1 hari ago

Kisah Benar Inspirasi Kejayaan

Amitabh Bachchan yang memiliki aset berjumlah 290juta USD (2022) pernah menceritakan satu kisah menarik: "Pada…

2 hari ago

Beberapa fakta tentang buluh

1.Pertumbuhan Cepat: Buluh ialah tumbuhan yang paling cepat tumbuh di dunia. Ia telah direkodkan berkembang…

4 hari ago

[Video] Anaas, Sampai hati kamu bunuh anak ibu

Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1 Julai 2024 (Bernama) -- Seorang penganggur…

5 hari ago

Timba ilmu walaupun Usia 105 tahun lulus Sarjana Stanford

17 Jun 2024 merupakan hari bersejarah , pada usia 105 tahun khasnya buat Virginia "Ginger"…

6 hari ago

Adakah anda kerap mengalami sakit kepala migrain

Panduan berikut dari Dr Berry berpengalaman sebagai doktor keluarga selama 20 tahun telah merawat 25,000…

6 hari ago