1) Sepasang tikus mampu membiak lebih dari SEJUTA ANAK TIKUS hanya dalam tempoh 18 bulan.
2) Satu-satunya makanan yang tidak akan basi ialah MADU.
3) Setiap lipstik mengandungi SISIK IKAN.
4) Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah MOHAMMED.
5) Persamaan di antara BAJU KALI PELURU, PRINTER LASER, TANGGA KECEMASAN dan WIPER KENDERAAN ialah semuanya dicipta oleh perempuan.
6) Bercakap telefon selama 1 jam menggalakkan pembiakan BAKTERIA dalam telinga sebanyak 700 KALI GANDA.
7) Siput boleh tidur selama 3 TAHUN.
8) Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
9) Planet Pluto mengambil masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.
10) Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ‘ya’ dan menggangguk bermaksud tidak.
11) Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
12) Perut akan menghasilkan satu lapisan lendir baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
13) Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
14) Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.