Info

Rasidi Ismail Halusinasi menjadi punca pembunuhan kejam 4 sekeluarga Gemencheh

This post has already been read 4118 times!

Tanggal 5 Januari 2010, empat sekeluarga ditemui mati dibunuh dengan kejam dalam dua rumah berasingan di sebuah kawasan ladang terpencil di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Dalam kejadian, mangsa, Atan Daud, 90 tahun, bekas imam Masjid Kampung Batang Rokan ditemui terbaring berlumuran darah berhampiran mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80 tahun.

Mayat Atan ketika ditemui putus tangan kanannya dipercayai ditetak. Mayat isterinya, Sufiah pula putus tangan kiri.

Turut ditemui berhampiran ialah mayat menantu mereka, Ismail Awang, 76 tahun, dalam keadaan tidak berkepala. Mayat seorang lagi mangsa iaitu anak Ismail, Siti Khadijah, 22 tahun, ditemui dengan pisau tercacak di bahagian dada di rumah bersebelahan.

Kejadian itu disedari seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 19 tahun, yang pulang dari sekolah pada pukul 2 petang. Di lokasi kejadian, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, unit anjing pengesan dan Unit Forensik menjalankan siasatan mencari petunjuk mengenai kejadian tersebut.

Polis menemui senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu. Siasatan membawa kepada seorang lelaki, Rashidi Ismail berusia 34 tahun yang dipercayai boleh membantu siasatan kes bunuh empat sekeluarga ini.

Rasidi Ismail ditahan Polis
Rasidi Ismail dibebaskan kerana didapati mengalami penyakit skizofrenia iaitu mengalami halusinasi, ilusi, paranoid dan kepercayaan palsu

Polis menolak sama sekali motif pembunuhan itu sebagai kes samun kerana barang kemas dan wang tunai didapati tidak hilang daripada mangsa yang dibunuh.

Akhirnya pembunuh kejam yang merupakan ahli keluarga mangsa berjaya di tangkap di Stesen LRT Masjid Jamek KL. Semasa penangkapan itu, suspek bertindak ganas dan cuba menyerang anggota polis yang ingin menahan dia dengan menggunakan sebilah pisau yang dibawanya.

Suspek dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masalah penagihan dadah mengikut data polis. Mengikut maklumat dari keluarga suspek, dia adalah seorang anak yang baik tetapi telah putus tunang sebanyak 2 kali dan kebelakangan ini, suspek sering ketawa, menangis dan bercakap sendiri.

Siasatan oleh polis menemukan kepala seorang mangsa iaitu bapa kandung suspek. Suspek menunjukkan lokasi kepala bapa kandung yang dipenggalnya telah ditanam 200 meter dari pintu masuk utama ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21 Shah Alam.

Berikutan dengan kenyataan dari Rasidi Ismail yang masih mengekalkan pengakuan bersalahnya atas tuduhan membunuh, dia mendakwa bertindak setelah mendapat arahan dari langit untuk bunuh keluarganya.

Oleh yang demikian, mahkamah Tinggi mengarahkan supaya tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Tampoi, Johor selama sebulan.

Pada 7 September 2010, Rasidi Ismail dibebaskan dari pertuduhan membunuh empat orang ahli keluarganya pada 5 Januari 2010 oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan tersebut.

Rasidi Ismail disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu mengalami halusinasi, ilusi, paranoid dan kepercayaan palsu oleh pakar dari Hospital Permai, Johor. Doktor pakar berkenaan turut merumuskan tertuduh tidak sedar ketika kejadian berlaku ekoran terpengaruh kepercayaan palsu selepas mendapat arahan tulisan di dinding dan bisikan suara halus.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

mrzahz

Recent Posts

Cerita inspirasi Jack Ma Gaji dan Keuntungan

Jack Ma yang memiliki aset USD24.5 Billion pernah berkata, “Jika anda meletakkan pisang dan wang…

6 jam ago

Kisah Benar Inspirasi Kejayaan

Amitabh Bachchan pernah berkata: "Pada puncak kerjaya saya, saya sedang dalam perjalanan dengan kapal terbang.…

10 jam ago

Beberapa fakta tentang buluh

1.Pertumbuhan Cepat: Buluh ialah tumbuhan yang paling cepat tumbuh di dunia. Ia telah direkodkan berkembang…

3 hari ago

[Video] Anaas, Sampai hati kamu bunuh anak ibu

Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1 Julai 2024 (Bernama) -- Seorang penganggur…

4 hari ago

Timba ilmu walaupun Usia 105 tahun lulus Sarjana Stanford

17 Jun 2024 merupakan hari bersejarah , pada usia 105 tahun khasnya buat Virginia "Ginger"…

4 hari ago

Adakah anda kerap mengalami sakit kepala migrain

Panduan berikut dari Dr Berry berpengalaman sebagai doktor keluarga selama 20 tahun telah merawat 25,000…

4 hari ago