This post has already been read 452 times!
Nasi lemak dianggap Makanan Kebangsaan Malaysia.
Di Malaysia, nasi lemak mempunyai rekod sejarah seawal tahun 1909 oleh Richard Olaf Winstedt, seorang pentadbir kolonial.
Jika bunga raya menjadi bunga kebangsaan Malaysia, nasi lemak pula seharusnya diiktiraf sebagai makanan kebangsaan Malaysia.
Pastinya ramai yang membesar dengan makanan ini sehingga menjadi sajian harian terutama dikawasan bandar.
Rasanya nasi yang lemak dan beraroma daun pandan berserta sambal tumis ikan bilis, telur rebus ataupun telur goreng, kacang goreng dan timun, setiap suapan terasa begitu nikmat sekali.
Ada yang kata nasi lemak menggemukkan. Sebenarnya tidak tepat, nasi lemak rendah indek glesimik(G.I) sekitar 50-66 sahaja. Nasi lemak tidak menyebabkan kegemukan.
G.i nasi putih biasa ialah 73.
Nilai indek glesimik melebihi 70 dikategorikan sebagai tinggi berisiko menyebabkan rintangan insulin. Rintangan insulin menjadi punca sebenar diabetes atau kencing manis.
Pada zaman dahulu, nasi lemak akan dimasak menggunakan kayu api yang sederhana menggunakan kaedah kukus.
Selain santan, nasi turut dimasak bersama bawang putih, halia dan serai bagi meningkatkan lagi aroma dan rasa serta khasiat kesihatan pada badan nasi tersebut.
Daun pisang digunakan sebagai bungkusan, nutrisi anti oksidan daun pisang akan menyerap kedalam nasi.
Daun pisang juga dapat mengekalkan kesegaran nasi dan mengelakkan dari menjadi basi dengan cepat.
Kini nasi lemak telah menjadi makanan bertaraf antarabangsa apabila hotel hotel ternama dan syarikat penerbangan turut menyajikan makanan hebat ini.
Nasi lemak turut didapati diluar negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan England.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.