Info

Bahagian -1- Mengimbau Kes Rogol Liwat dan Bunuh Chee Gaik Yap

This post has already been read 1405 times!

Pada malam 14 Januari 2006 di Sungai Petani Kedah telah digemparkan dengan berita kehilangan seorang gadis Chee Gaik Yap berusia 25 tahun ketika dia sedang berjogging bersama dengan adik perempuannya Chee Gaik Chun berusia 24 tahun di Taman Ria Jaya yang berhampiran dengan rumah mereka.

Pada pukul 6 petang 14 Januari 2006, Chee Gaik Yap memakai t-shirt berwarna kuning cair menemani adiknya berjogging di Taman Ria Jaya

Gaik Yap berjoging lebih pantas dan meninggalkan Gek Chun jauh dibelakang. Lama-kelamaan kelibat kakaknya tidak lagi kelihatan.

Ah Sau bapa Chee Gaik Yap

Gaik Chun terlihat satu kenderaan MPV Nazaria berwarna hitam dan bercermin gelap dipandu melepasinya. Tidak lama kemudian Nazaria tersebut. memecut berpatah ke belakang semula.

Geek Chun cuba mencari kakaknya di kawasan taman Ria, tetapi tidak dapat menemuinya. Lantas dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah.

Dia hairan didapati belum pulang ke rumah, lantas Gek Chun kembali ke Taman Ria dan cuba mencari sepanjang trek jogging. Apa yang sangat mengejutkan Gaik Chun menemui sebelah kasut jogging kakaknya di tepi jalan dengan kesan darah berhampiran kasut itu.

Gaik Chun kemudian bergegas pulang ke rumah dan. memberitahu ibunya tentang penemuan itu dan mereka terus membuat laporan polis.

Satu pasukan pencari yang terdiri daripada 40 orang anggota polis telah dihantar ke taman tersebut untuk mencari Gaik Yap dari 7 petang hingga 12:30 malam, namun gagal menemuinya.

Pada pukul 2:30 pagi seorang penunggang motosikal melaporkan kepada polis, dia telah menemui mayat seorang wanita berdekatan dengan kelab golf Taman Ria. Mayat berkenaan disahkan Chee Gaik Yap.

Polis Forensik memeriksa mayat Gaik Yap berhampiran Kelab Golf Cinta Sayang

Chee Gaik Yap telah dibunuh kejam, terdapat kesan luka di kepala dan lehernya telah dikelar, mayatnya dalam keadaan terlentang di dalam.

Menurut siasatan polis, Gaik Yap bukan saja dirogol malah dia juga telah diliwat. Pihak polis percaya kes Gaik Yap ada kaitan dengan MPV Nazaria berwarna hitam sebagaimana dilihat memecut laju pada petang kejadian.

Enam orang suspek telah ditahan reman oleh polis pada 15 Januari 2006 untuk siasatan lanjut. Enam lelaki itu berusia antara 20 hingga 40 tahun merupakan pekerja di kelab golf berdekatan mayat Gaik Yap ditemui. Bagaimanapun mereka telah dibebaskan.

Ini kerana profil DNA mereka tidak sepadan dengan sampel air mani dibadan mangsa. diperolehi polis.

Tidak lama selepas itu, hasil maklumat orangramai, 12 orang lagi, kesemuanya pekerja warga asing berusia 20-an di kelab rekreasi yang sama ditahan untuk siasatan, bagaimanapun kesemua 12 orang saspek tersebut telah dibebaskan dua minggu kemudiannya kerana profil DNA mereka juga tidak sepadan.

Setelah setahun berlalu, Ketua polis Daerah Kuala Muda, Assistent Komisiner Hashim Ali berkata, polis belum menemui petunjuk baru berkenaan pembunuh Gaik Yap.

Keluarga Gaik Yap tidak berputus asa terus aktif mengadakan pertemuan dan kempen dengan orang ramai untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan menuntut keadilan buat anak mereka.

Kisah selanjutnya bersambung di bahagian -2-

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Cerita inspirasi Jack Ma Gaji dan Keuntungan

Jack Ma yang memiliki aset USD24.5 Billion pernah berkata, “Jika anda meletakkan pisang dan wang…

1 hari ago

Kisah Benar Inspirasi Kejayaan

Amitabh Bachchan yang memiliki aset berjumlah 290juta USD (2022) pernah menceritakan satu kisah menarik: "Pada…

1 hari ago

Beberapa fakta tentang buluh

1.Pertumbuhan Cepat: Buluh ialah tumbuhan yang paling cepat tumbuh di dunia. Ia telah direkodkan berkembang…

3 hari ago

[Video] Anaas, Sampai hati kamu bunuh anak ibu

Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1 Julai 2024 (Bernama) -- Seorang penganggur…

5 hari ago

Timba ilmu walaupun Usia 105 tahun lulus Sarjana Stanford

17 Jun 2024 merupakan hari bersejarah , pada usia 105 tahun khasnya buat Virginia "Ginger"…

5 hari ago

Adakah anda kerap mengalami sakit kepala migrain

Panduan berikut dari Dr Berry berpengalaman sebagai doktor keluarga selama 20 tahun telah merawat 25,000…

5 hari ago