6 lokasi Zon larangan terbang dunia

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 118 times!

1) Taman Disney
Walaupun indah untuk melihat ke luar tingkap dan melihat istana ajaib dari atas, malangnya, kami tidak akan sampai ke sana.

Selepas peristiwa 9/11, Taman Disney dimasukkan dalam zon larangan terbang. Tiada pesawat dibenarkan terbang dalam jarak 3,000 kaki dari Walt Disney World di Florida atau Disneyland di California.

2) Downing Street, Parlimen, Istana Buckingham dan Istana Windsor di UK.

Downing Street ialah Komplek kediaman dan pejabat rasmi kepada Perdana Menteri UK.

Tiga lokasi lain di UK termasuk dalam zon larangan terbang ialah Palace of Westminster, Istana Buckingham dan Istana Windsor.

Palace of Westminster (Istana Parlimen UK)
Istana Buckingham
Istana Windsor ( Windsor Castle)

3) Washington DC

Selepas 9/11, kompleks ibupejabat pentadbiran Amerika Syarikat Washington DC diletakkan dibawah zon larangan terbang. Termasuk juga sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Reagan.

4) Machu Picchu Peru

Penguatkuasaan zon larangan terbang di kawasan warisan budaya ini bertujuan untuk memastikan kawasan itu bersih daripada pencemaran sebanyak mungkin. Jika dibenarkan laluan penerbangan, mungkin berlaku pesawat terhempas atau memerlukan pendaratan kecemasan, ia akan menjejaskan ekosistem kawasan ini.

5) Parthenon Greece

Parthenon ialah biara warisan dari kurun ke-5 sebelum masihi.

Pesawat tidak boleh rendah daripada 5,000 kaki di atasnya. Dengan cara ini, kesan gangguan dan gegaran keatas struktur dapat di minimakan.

6) Masjidil Haram Arab Saudi

Sebuah tapak bersejarah terletak nya Kaabah di dalam Masjidil Haram yang menjadi kiblat seluruh umat Islam diseluruh dunia.

Tiada pesawat dibenarkan terbang di kawasan ini. Mekah merupakan destinasi ibadat haji dan pusat akidah Islam.

Mekah hanya khusus orang beragama Islam sahaja, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki kawasan ini.

Baca Juga   Kenapa tiada tempat duduk no 13 dan 17 dalam kebanyakan kapal terbang
Kaabah didalam MasjidilHaram

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.