polis

Suami serah diri di balai polis selepas bunuh isteri dalam bilik hotel

This post has already been read 2894 times!

Masa hendak berkahwin semua manis bulan bintang menjadi saksi. Lain jadi apabila mengharungi alam berumahtangga. Apabila berlaku perselisihan sehingga sanggup berbunuhan. Sudah banyak kes suami bertindak membunuh isteri . Terbaru pengakhiran menyedihkan bagi seorang isteri dibunuh oleh lelaki bergelar suami. Kejadian berlaku di sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, pada 20 Jun 2024.

Mayat wanita berkenaan dibawa keluar dari hotel

Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dengan menggunakan pisau dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Md Noor Aehawan Mohamad berkata suspek berusia 36 tahun ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah pada kira-kira jam 2 petang.Beliau berkata suspek menyerah diri di kaunter aduan dengan memaklumkan dia telah membunuh isterinya berusia 32 tahun dalam bilik di hotel terbabit.

“Bertindak terhadap maklumat itu, pihak polis menemukan mangsa dengan kesan tikaman termasuk sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek di tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan.

Menurutnya siasatan awal mendapati motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasak walaupun telah dipujuk.”Suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik sama semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Justeru, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP V.K. Gunaselan di talian 012-3634341 bagi membantu siasatan.

Sementera itu, bapa saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Johari ketika ditemui di Batu Gajah berkata pihaknya tidak menyangka nasib anak saudaranya itu berakhir dengan tragedi menyedihkan.

“Memang dia dan suami tidak sefahaman dan rumah tangga mereka mengalami keretakan hingga ke fasa penceraian namun tidak sangka terjadi perkara seperti ini.

“Mungkin mereka bertemu untuk berbincang namun ia menjadi kecoh selepas mangsa tidak pulang ke rumah semalam dan hari ini saya terima berita beliau sudah tiada,” katanya.

sumber Bernama

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

[Video] Anaas, Sampai hati kamu bunuh anak ibu

Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1 Julai 2024 (Bernama) -- Seorang penganggur…

9 jam ago

Timba ilmu walaupun Usia 105 tahun lulus Sarjana Stanford

17 Jun 2024 merupakan hari bersejarah , pada usia 105 tahun khasnya buat Virginia "Ginger"…

13 jam ago

Adakah anda kerap mengalami sakit kepala migrain

Panduan berikut dari Dr Berry berpengalaman sebagai doktor keluarga selama 20 tahun telah merawat 25,000…

14 jam ago

Shampoo dan kondisioner menyebabkan rambut cepat rosak

Rambut hitam berkilat idaman setiap mahu pun wanita. Rambut semakin nipis, mudah gugur dan bertukar…

20 jam ago

Los Angeles bakal mengharamkan penggunaan telefon pintar di sekolah

Warga Los Angeles metropolitan mula berasa akibat buruk dari penggunaan telefon pintar tertutamanya murud sekolah…

21 jam ago

Terbongkar suami menyamar’doktor’ 5 tahun rupanya menganggur, penipu tidak berduit

Seorang isteri di China yang telah berkahwin selama lima tahun dengan seorang lelaki yang dia…

2 hari ago