This post has already been read 2337 times!


PDRM telah mendapat maklumat bahawa suspek telah menginap
di sebuah hotel di Kota Bharu dan daripada situ intipan telah dilakukan dan akhirnya tangkapan dibuat di hadapan
hospital swasta.

Semasa operasi tangkapan dilakukan suspek pada awalnya tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya sehingga berlaku sedikit pergelutan namun akhirnya polis dapat menangkap beliau.

Hasil  hasil siasatan awal mendapati suspek tiba di Kelantan pada 14 April 2024 selepas Zohor .

Barang yang ditemui bersama suspek

Suspek baru mengambil laporan kesihatan di hospital berkenaan dan bercadang untuk melarikan diri ke Mekah.



Kenderaan yang digunakan masih sama Honda Civic tetapi menggunakan nombor palsu.

Polis menemui sepucuk  pistol yang dipercaya telah digunakan
semasa kejadian tersebut.

Terdapat  satu peluru dalam laras pistol dan lapan butir
peluru hidup dalam magazine.

Juga ditemui satu kotak hitam berisi  24 butir peluru.

Juga ditemui sejumlah matawang asing iaitu Riyal Saudi
Dan Bath Thailand.


Bersama suspek juga ditemui 4 keping myKad milik orang lain dan salah satu digunakan untuk mendaftar di sebuah hotel.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Operator kilang dituduh simpan bahan letupan video dan artikel aktiviti pengganas
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay