Info

Apa penyakit Mak Mertua mengutuk Rumah Kos Rendah milik menantu

This post has already been read 149 times!

Kisah ini dikongsi oleh Mira( bukan nama sebenar).

Mira telah memiliki rumah sendiri seawal usia 21 tahun. Rancangan ingin memiliki rumah sebelum berumahtangga menjadi kenyataan.

Mira berdisiplin dalam pengurusan kewangan, telah menyimpan dalam ASB sebaik tamat persekolahan. Kemudian semasa melanjutkan pelajaran diploma, dia aktif mencari pendapatan tambahan melalui dropship dan kerja sambilan terutama semasa cuti semester.

Setelah tamat pengajian diploma, Mira bekerja di sebuah syarikat perubatan. Gaji agak lumayan untuk orang bujang tinggal bilik sewa. Sebahagian duit gaji disimpan setiap bulan hingga mencecah 50K dalam masa 3 tahun.

Kebetulan kawasan perumahan di kampung Mira, Pemaju menawar harga lelong RM80K untuk rumah dua tingkat. Rumah 3 bilik dan 2 bilik aira sempit dan mac.

Mira akhirnya membuat keputusan membeli sebuah rumah yang ditawarkan harga RM80K.

Semasa berpantang anak pertama, Mira tinggal di rumah sendiri.

Keluarga mertua pun datang melawat. Sambil bersembang maka terbuka cerita tentang rumah Mira. Mereka mula mempersoalkan rumah sempit, jiran pun tak ramai. Hingga kepada tiada tandas dalam bilik pun dipersoalkan. Mahu tak berdesing telinga menantu.

Ketika Mira berpantang anak kedua, keluarga mertua masih tak puas hati kenapa menantu masih nak berpantang di rumah sendiri.

Sibuk sekali ipar duai mempersoalkan rumah Mira sempit dan pelbagai lagi.

Nasib baik Mira tidak ambil peduli, itu rumah dia beli yang sibuk mengata macam macam tu apa masalahnya. Rumah itu dibeli sebelum Mira mendirikan rumahtangga dengan anaknya. Tiada sesen pun Mira guna duit anaknya untuk membeli rumah berkenaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Silap kaedah rawatan siswi dan bayi dalam kandungan maut

Pelajar China yang hamil tersalah disahkan menghidap penyakit buah pinggang meninggal dunia, membawa anak mati…

4 jam ago

Kes lelaki Israel miliki 200 peluru Dan senjata

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 30 Julai 2024 untuk serahan dokumen rakaman kamera litar tertutup…

6 jam ago

Anak warga China ditinggalkan bapa di Vietnam selamat pulang selepas lima tahun

27/6/2024, Kisah Seorang budak lelaki warga China berusia 12 tahun yang ditinggalkan oleh bapa kandung…

20 jam ago

Jurutera Daerah dan Pembantu Awam direman kes rasuah RM700,000

26 Jun 2024 Dua orang Penjawat awam termasuk jurutera daerah direman 7 hari oleh Suruhanjaya…

1 hari ago

Mahkamah arah bekas polis bayar RM820,000 kepada dua wanita Mongolia kerana melakukan persetubuhan tanpa rela

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2034 (Bernama) — Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang bekas pegawai polis membayar…

1 hari ago

Pesawat ringan membuat pendaratan kecemasan berhampiran Pelabuhan Klang

Pesawat Piper PA-28-161 KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat ringan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz…

2 hari ago