Mahkamah

[Video] Anaas, Sampai hati kamu bunuh anak ibu

This post has already been read 1912 times!

Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret

1 Julai 2024 (Bernama) — Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah hotel di Pekan Batu Gajah di sini, dua minggu lepas.

Hairil Anaas Abdullah, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa menyebabkan kematian Nisya Syahkila Shaharun, 32, di bilik sebuah hotel di Pekan Batu Gajah di sini, antara 7.30 pagi hingga 2 petang, 20 Jun 2024. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 9 Ogos 2024 bagi sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia, bedah siasat dan ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada 20 Jun 2024, Hairil Anaas ditahan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira pukul 2 petang selepas menyerah diri, dan memberitahu dia telah membunuh isterinya di sebuah bilik hotel.

Sementara itu ibu kepada Nisya Syahkila, Rozita Radzuan, 56, yang berada di pekarangan mahkamah kelihatan dalam keadaan sebak, jelas tidak dapat menahan kesedihan semasa mengalirkan air matanya. “Anaas, sampai hati sanggup kamu bunuh anak ibu, Nisya itu baik, 32 tahun ibu jaga anak ibu,” suaranya yang menahan sebak jelas kedengaran semasa dia cuba ditenangkan ahli keluarga.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Beberapa fakta tentang buluh

1.Pertumbuhan Cepat: Buluh ialah tumbuhan yang paling cepat tumbuh di dunia. Ia telah direkodkan berkembang…

20 jam ago

Timba ilmu walaupun Usia 105 tahun lulus Sarjana Stanford

17 Jun 2024 merupakan hari bersejarah , pada usia 105 tahun khasnya buat Virginia "Ginger"…

3 hari ago

Adakah anda kerap mengalami sakit kepala migrain

Panduan berikut dari Dr Berry berpengalaman sebagai doktor keluarga selama 20 tahun telah merawat 25,000…

3 hari ago

Shampoo dan kondisioner menyebabkan rambut cepat rosak

Rambut hitam berkilat idaman setiap mahu pun wanita. Rambut semakin nipis, mudah gugur dan bertukar…

3 hari ago

Los Angeles bakal mengharamkan penggunaan telefon pintar di sekolah

Warga Los Angeles metropolitan mula berasa akibat buruk dari penggunaan telefon pintar tertutamanya murud sekolah…

3 hari ago

Terbongkar suami menyamar’doktor’ 5 tahun rupanya menganggur, penipu tidak berduit

Seorang isteri di China yang telah berkahwin selama lima tahun dengan seorang lelaki yang dia…

4 hari ago