Bapa nak rambut anak panjang elok sekolah di rumah sahaja

Kerjaya dan Gedung Maklumat

schedule
2024-09-08 | 01:08h
update
2024-09-08 | 01:08h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
Bapa nak rambut anak panjang elok sekolah di rumah sahaja

This post has already been read 1068 times!

‘Rambut panjang tak masuk neraka, tahu tak? Itulah herdik seorang bapa memarahi guru sekolah agama kerana memotong rambut anaknya.

Satu kisah gempar seorang bapa mengamuk di hadapan sebuah sekolah agama gara-gara rambut anaknya digunting ustaz tanpa keizinan.

Advertisement

Guru itu berbuat demikian kerana pelajar terbabit melanggar peraturan dengan menyimpan rambut panjang.

Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak? Rasulullah rambut macam mana? Aku tanya kau,” tengking bapa pelajar itu sebagai tanda protes dengan tindakan guru terbabit.Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular sejak , lelaki tersebut datang ke sekolah dan memarahi guru di hadapan anaknya dan beberapa individu lain.

“Yang kau (guru) usik ini bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham?,”soalnya.Video tersebut turut mendapat perhatian ramai pihak.

Rata-ratanya mengecam tindakan lelaki itu kerana tidak peka dengan peraturan sekolah yang melarang pelajar berambut panjang dan cara pemotongan juga mengikut arahan Kementerian Pendidikan.“Bapa budak itu tak tahu peraturan sekolah?

Anak dia baru pertama kali sekolahkah? Berzaman sekolah larang rambut pelajar panjang. Datang serang macam ini seperti buka aib sendiri,” tegur Ruhaizat.

“Mak bapa macam ini yang membuatkan anak jadi teruk, jadi pembuli, kurang ajar dengan guru. Sebab mak bapa ajar anak, dan anak tengok apa yang mak bapa buat dan dia belajar dari pengalaman. Memang kurang ajar cara bapanya,”

Jika ibubapa hendak buat undang-undang sendiri, lebih baik sekolah di rumah sahaja. Kita ibubapa sebagai guru ajar anak sendiri.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
08.09.2024 - 01:08:40
Privacy-Data & cookie usage: