Kepala Batas: 26 Julai 2024 -Tahap kesedaran dan keprihatinan masyarakat berkaitan kes penderaan serta penganiayaan haiwan meningkat pada setiap tahun apabila mereka berani membuat aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk tindakan lanjut.
Ketua Pengarah DVS Dr Akma Ngah Hamid, berkata aduan penderaan dan penganiayaan haiwan terutamanya anjing dan kucing setakat Jun 2024 sudah merekodkan 2,162 kes.
“Statistik tahun 2023, sebanyak 2,622 aduan penderaan dan penganiayaan haiwan direkodkan berbanding 1,580 aduan tahun sebelumnya.
1 | Anjing | 5,226 |
2 | Kucing | 1,900 |
3 | Kuda | 178 |
4 | Arnab | 157 |
5 | Burung | 122 |
6 | Lembu | 105 |
7 | lain-lain haiwan | 116 |
“Hal ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat termasuk semakin banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin terhadap kebajikan haiwan bertindak pantas membuat aduan.
“Oleh itu, saya berharap jika (sesiapa nampak) ada kezaliman atau salah laku oleh pemilik, terus melaporkan dengan kaedah mengikut akta dan peraturan yang betul tanpa mengambil tindakan yang melampaui batas,” katanya
.
Kedudukan | Negeri | Bilangan kes penganiayaan |
1 | Selangor | 3,334 |
2 | Wilayah Persekutuan KL | 1,113 |
3 | Johor | 800 |
4 | Pulau Pinang | 695 |
5 | Perak | 491 |
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.