Kes dera anjing Kucing paling tinggi di Malaysia

schedule
2024-07-26 | 05:17h
update
2024-07-26 | 07:12h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
Kes dera anjing Kucing paling tinggi di Malaysia

This post has already been read 4648 times!

Ketua Pengarah DVS Dr Akma Ngah Hamid

Kepala Batas: 26 Julai 2024 -Tahap kesedaran dan keprihatinan masyarakat berkaitan kes penderaan serta penganiayaan haiwan meningkat pada setiap tahun apabila mereka berani membuat aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Ketua Pengarah DVS Dr Akma Ngah Hamid, berkata aduan penderaan dan penganiayaan haiwan terutamanya anjing dan kucing setakat Jun 2024 sudah merekodkan 2,162 kes.

“Statistik tahun 2023, sebanyak 2,622 aduan penderaan dan penganiayaan haiwan direkodkan berbanding 1,580 aduan tahun sebelumnya.

1Anjing5,226
2Kucing1,900
3Kuda178
4Arnab157
5Burung122
6Lembu105
7lain-lain haiwan 116
Bilangan Kes penderaan haiwan yang dilaporkan dari Jun 2021 Hingga Jun 2024:

“Hal ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat termasuk semakin banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin terhadap kebajikan haiwan bertindak pantas membuat aduan.

“Oleh itu, saya berharap jika (sesiapa nampak) ada kezaliman atau salah laku oleh pemilik, terus melaporkan dengan kaedah mengikut akta dan peraturan yang betul tanpa mengambil tindakan yang melampaui batas,” katanya

.

KedudukanNegeriBilangan kes penganiayaan
1Selangor3,334
2Wilayah Persekutuan KL1,113
3Johor800
4Pulau Pinang695
5Perak 491
5 Negeri Tertinggi Penganiayaan Haiwan

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
22.09.2024 - 10:22:42
Privacy-Data & cookie usage: