Kes pertama di Malaysia guna Dron seludup dadah ke penjara Tapah

schedule
2024-08-10 | 09:07h
update
2024-08-10 | 09:07h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
Kes pertama di Malaysia guna Dron seludup dadah ke penjara Tapah

This post has already been read 7301 times!

Foto Sinar Harian

Dron yang digunakan untuk menyeludup dadah ke dalam Penjara Tapah dikesan pihak polis bersama anggota penjara dalam kejadian pada Jumaat 9 Ogos 2024

TAPAH – Polis mengesan cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara menggunakan dron berikutan penemuan peralatan itu di kawasan Penjara Tapah pada hari Jumaat 9 Ogos 2024.

Advertisement

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada seorang sarjan penjara yang menemui sebuah dron berwarna putih di atas bumbung Blok Aman Penjara Tapah ketika membuat rondaan jam 11.30 pagi.

Hasil pemeriksaan menemukan satu beg dobi yang digantung pada dron terbabit berisi tiga peket plastik serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin seberat 122 gram dan dua peket plastik berisi ketulan kristal disyaki methamphetamine dengan anggaran berat 12.9 gram.

“Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk dadah ke dalam penjara dengan menggunakan dron dari luar penjara.

“Ini merupakan kes pertama yang diterima seumpamanya oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Azizi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 29B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) akta yang sama

Sementara itu, beliau menegaskan, pihaknya memandang serius kes-kes membabitkan aktiviti penyeludupan dadah dan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh ke atas penjenayah kes-kes penyeludupan dadah terutama melibatkan penjara.

Beliau berkata, pihak polis juga turut merakam penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa bekerjasama dalam menyalurkan maklumat serta membantu pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
03.09.2024 - 07:05:36
Privacy-Data & cookie usage: