Jenny ialah kucing maskot Titanic, dibawa ke atas kapal untuk membantu mengurangkan pembiakan tikus.
Dia tinggal di dapur kapal dan dijaga oleh seorang buruh bernama Jim Mulholland. Semasa persiapan pelayaran keatas Titanic dijalankan, Jenny melahirkan anak diatas Titanic dan Jim mendapati mereka selesa berada di sebelah dapur kapal.
Menjaga ibu kucing dan anak-anak kucingnya menghilangkan kepenatan kerja Jim dalam persiapan Titanic untuk belayar.
Jenny kelihatan berpuas hati dengan tempatnya yang hangat berhampiran dandang, bayinya dan sisa dapur yang dibawa Jim kepadanya.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kapal itu berlabuh di Southampton, England, sejurus sebelum ia memulakan pelayaran sulungnya (ke New York), Jenny melihat sekelilingnya dan dengan pantas mula mencengkam leher anaknya dan membawa mereka keluar dari Titanic. Satu demi satu, menyusuri lorong dia membawa mereka keluar dari kapal.
Jim memerhatikannya dengan teliti dan menyedari bahawa “kucing ini mesti tahu sesuatu yang tidak diketahui oleh orang lain!”
Jim kemudian kemudian segera mengumpulkan beberapa barangnya dan meninggalkan kapal itu juga.
Bertahun-tahun kemudian, Irish Road menerbitkan cerita tentang Jenny selepas seorang wartawan menceritakan kisah seorang lelaki yang sangat tua – Jim, berkenaan satu kisah Titanic yang menarik.
Jim terselamat dari nahas Titanic dan berterima kasih kepada kucing dan anak kucingnya yang memberi amaran awal kepadanya.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.