Radar tembus tanah bantu kesan mangsa tanah jerlus

Kerjaya dan Gedung Maklumat

schedule
2024-08-27 | 08:51h
update
2024-08-27 | 08:51h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Radar tembus tanah bantu kesan mangsa tanah jerlus

This post has already been read 3201 times!

Alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) dibawa ke lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India bagi membantu operasi mencari mangsa yang hilang sejak Jumaat lalu. (Tangkap layar Bernama)

KUALA LUMPUR: Alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah juga digunakan untuk mengesan wanita warga India yang masih belum ditemui dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, dalam operasi mencari dan menyelamat hari ini.

Alat yang dilihat sudah berada di lokasi kejadian dibawa oleh Agensi Nuklear Malaysia pada 11.15 pagi 27 Ogos 2024.

GPR berfungsi dengan memancarkan gelombang elektromagnetik ke bawah permukaan tanah menerusi pemancar dan mengesan kembali gelombang yang terpantul menggunakan sensor penerima.

GPR ini pernah diguna pakai dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali pada Dis 2022.

Teknik “flushing” juga turut dilaksanakan di Titik Hujung iaitu di Loji Pantai Dalam oleh Indah Water Konsortium (IWK) dengan bantuan Jabatan Bomba.

Pemangku Pengarah Bomba Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata fokus bagi pencarian wanita warga India itu tertumpu pada end point.

Fokus pencarian hari ini di titik hujung Loji Pantai Dalam.

Semalam, Bernama melaporkan mesin jet pembetung berkuasa tinggi kini digunakan untuk memecahkan sisa batuan yang terdapat di lurang di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India di sini dalam usaha mencari mangsa.

Mangsa yang merupakan pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada 8.22 pagi Jumaat lepas.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, sedang berjalan kaki di kawasan itu untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

CCTV: Wanita jatuh selepas penutup longkang konkrit robohAMP

11/09/202411/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Dua pesawat Delta Air Lines bertembung di landasan di Lapangan Terbang AtlantaAMP

11/09/202411/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Bantuan orang awam selamatkan penumpang kereta terbabas dalam paritAMP

10/09/202410/09/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
11.09.2024 - 20:24:38
Privacy-Data & cookie usage: