This post has already been read 3514 times!

Salah seorang penyelam bomba dan penyelamat sedang bersedia untuk turun ke dalam lubang jerlus awal pagi Khamis. (Gambar Bernama)
K9 Denti Dan Frankie beri petunjuk baru

PETALING JAYA: Dua penyelam dari bomba dan penyelamat turun ke dalam lubang jerlus di Jalan Masjid India awal pagi tadi 29 Ogos 2024 selepas mengesan ada halangan objek tersepit di antara lubang jerlus dan ruang kumbahan kedua, kira-kira 80m.

Pasukan penyelam jabatan itu, yang lengkap dengan peralatan skuba, turun ke dalam lubang jerlus pada 3.06 pagi dengan harapan menemui warga India itu yang terjatuh pada Jumaat 23 Ogos 2024.

Bagaimanapun, kedua-dua penyelam itu dilihat ditarik menggunakan tali oleh anggota pasukan lain sebelum dinyah cemar dan dibersihkan.

Difahamkan, penyelam tidak dapat mendekati lokasi objek dipercayai tersepit kerana arus bawah yang kuat dalam terowong kumbahan.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pasukan penyelamat.

Semalam, Timbalan ketua pengarah operasi Ahmad Izram Osman berkata halangan itu dikesan oleh anjing unit K9 Denti dan Frankie, yang dikerahkan di tapak pada petang Selasa bersama pengawasan kamera.

Kamera juga menunjukkan ada halangan, yang memberi petunjuk berkemungkinan mangsa atau beberapa objek lain mungkin terperangkap di sana.

Pihak Bomba memfokuskan pencarian dikawasan berkenaan.

Susulan pengesanan itu, air dari kumbahan dipam keluar lewat malam tadi.

Hari ini menandakan hari ketujuh operasi SAR, selepas Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, jatuh ke dalam lubang benam sedalam 8m pada Jumaat lepas.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Analisa kehilangan MH370 oleh chatgpt
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay