[CCTV] Dinding Tembok hempap kereta

schedule
2024-09-03 | 22:53h
update
2024-09-03 | 22:53h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
[CCTV] Dinding Tembok hempap kereta

This post has already been read 3 times!

Seorang pemandu sempat menyelamatkan keretanya sebelum dinding penahan konkrit runtuh lalu menghempap 7 kenderaan di parkir di Jalan Slavyanskaya, Vladivostok, Primorsky Krai, Rusia.

Advertisement

Beberapa minit sebelum runtuhan, penduduk melaporkan mendengar bunyi bising yang kuat bergema di lokasi itu akibat berlakunya tanah runtuh.

Rakaman CCTV menunjukkan tembok penahan menghempap ke atas kereta yang diletakkan di bandar Vladivostok, Rusia.berlangsung sejurus sebelum pukul 10 pagi pada 24 Ogos, di 19 Slavyanskaya Street.

Pihak berkuasa kemudian mengesahkan bahawa tiada siapa yang cedera dalam kejadian runtuhan itu.

NewsVL.ru melaporkan bahawa penduduk berhampiran sebelum ini mendengar dinding retak, dengan salah seorang daripada mereka sempat mengeluarkan keretanya dari kawasan kejadian.

Punca sebenar di sebalik runtuhan belum ditentukan lagi, tetapi laporan menyebut hujan lebat berlaku di kawasan itu beberapa hari sebelum kejadian, kandungan air tinggi dalam tanah menyebabkan beban tambahan pada dinding dan melemahkan struktur dinding.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
03.09.2024 - 22:59:03
Privacy-Data & cookie usage: