
Perhilitan Selangor berjaya menangkap buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7 selepas kira-kira 10 jam perangkap dipasang di tasik berkenaan.
SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor berjaya menangkap buaya tembaga di Tasik Shah Alam Seksyen 7 dekat sini selepas kira-kira 10 jam Rabu 4 September 2024.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian kira-kira jam 10.30 malam tadi.
“Buaya sudah ditangkap,” katanya dan memaklumkan reptilia itu masih berada di lokasi sebelum kerja-kerja pemindahan dijalankan oleh kakitangan Perhilitan Selangor.

Berikutan tersebarnya foto menunjukkan seekor buaya di Tasik Shah Alam, Perhilitan Selangor bertindak memasang dua perangkap dengan berat kira-kira 200 kilogram (kg) bagi setiap perangkap untuk menangkap buaya tembaga di tasik tersebut sekitar jam 10 pagi pada Rabu 4 September 2025.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.