Hezbollah dilaporkan telah membeli alat kelui (pager) dari Taiwan, yang dipercayai telah dimodifikasi oleh Mossad sebelum sampai ke tangan mereka.
Kejadian Letupan alat kelui pada 17 September 2024, telah mengorbankan sekurang-kurangnya 12 anggota Hezbollah, termasuk beberapa orang awam.
Letupan ini berlaku di beberapa lokasi di Lebanon, termasuk di upacara pengebumian ahli Hezbollah di Baalbek, yang turut menyebabkan lebih daripada 2,800 orang cedera.
Operasi ini dipercayai merupakan salah satu strategi Mossad untuk melemahkan Hezbollah dengan menggunakan teknologi yang diubahsuai, di mana peranti komunikasi seperti pager dan walkie-talkie dipasang dengan bahan letupan yang tersembunyi.
Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kematian dan kecederaan besar, tetapi juga mencetuskan kekacauan dalam organisasi tersebut serta memusnahkan keyakinan terhadap keselamatan peralatan komunikasi mereka.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.