Kisah Heroik di Medan Perang

Cher Ami, seekor burung merpati yang diberi gelaran “Leftenan”, menjadi legenda kerana keberaniannya menyelamatkan nyawa hampir 200 orang tentera dalam Perang Dunia Pertama. Kisah kepahlawanannya berlaku pada tahun 1918, ketika dia menjadi satu-satunya harapan bagi tentera Amerika yang terperangkap di Hutan Argonne, Perancis.

Ketika itu, Batalyon yang Terlupakan, terdiri daripada sekitar 550 tentera Amerika, dikepung oleh pasukan Jerman dan terputus daripada barisan mereka. Selain menghadapi serangan musuh, mereka juga diserang secara tidak sengaja oleh artileri sekutu mereka sendiri. Dalam keadaan yang sangat terdesak, satu-satunya harapan mereka adalah mengirim pesan melalui merpati pos.

Perjalanan Berbahaya Cher Ami

“Leftenan Cher Ami”, seperti yang dikenang oleh para tentera, memikul tanggungjawab besar dalam misi berbahaya itu. Dengan membawa pesan penting tentang lokasi sebenar batalyon yang terkepung, dia terbang sejauh 40 kilometer melintasi medan perang yang penuh dengan peluru dan serangan. Dalam perjalanan, Cher Amir ditembak oleh pasukan Jerman, namun dia tetap teruskan misinya walaupun dalam keadaan cedera parah.

“Satu kakinya hampir putus, dadanya tertembak, namun dengan tekad yang kuat, Cher Ami tiba di markas tentera dan menyampaikan pesan yang menyelamatkan nyawa mereka.”

Kesan dan Peninggalan

Keberanian luar biasa ini membolehkan lebih daripada 190 tentera yang terselamat untuk mendapat bantuan segera. Cher Ami dianugerahkan Croix de Guerre oleh kerajaan Perancis, salah satu penghargaan tertinggi untuk keberanian di medan perang.

Tubuhnya kini dipamerkan di Smithsonian Institution, Washington D.C., sebagai penghormatan abadi kepada wira kecil ini yang memberi impak besar dalam sejarah peperangan dunia. Kisah Leftenan Cher Ami akan terus diingati sebagai simbol keberanian dan kesetiaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn