Kucing sering dianggap sebagai haiwan peliharaan yang misteri dan penuh dengan keunikan. Mereka mempunyai banyak ciri-ciri yang memukau, dan semakin kita mengenali mereka, semakin menarik mereka menjadi. Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang kucing yang mungkin anda belum tahu.
- Tulang Kucing
Manusia mempunyai 206 tulang, tetapi kucing secara purata mempunyai 244 tulang. Jumlah ini boleh berbeza dari 230 hingga 250 bergantung pada panjang ekor dan jumlah jari kaki kucing. - Gigi Kucing
Kucing dewasa mempunyai 30 batang gigi, manakala anak kucing mempunyai 26 batang gigi. - Genetik Harimau
Menariknya, kucing rumah berkongsi 95.6% persamaan genetik dengan harimau. - Kelajuan Kucing
Kucing boleh berlari dengan kelajuan sehingga 48 km/j (30 mph), tetapi hanya untuk jarak pendek. Malah, kucing rumah boleh mengalahkan pelari terpantas dunia, Usain Bolt, dalam larian 200 meter! - Lompatan Kucing
Kucing boleh melompat sehingga 5 kali ketinggian badannya sendiri. - Otak Kucing
Otak kucing dewasa kira-kira 5 cm panjang dan beratnya 30 gram. Otak mereka mempunyai hampir dua kali ganda jumlah neuron di korteks serebrum berbanding anjing. - Tangan Dominan
Kucing jantan lebih cenderung menggunakan kaki kiri, manakala kucing betina lebih cenderung menggunakan kaki kanan. Sesetengah kucing pula ambidekstrous, iaitu menggunakan kedua-dua belah kaki dengan sama baik. - Lidah Kucing
Lidah kucing dilengkapi dengan sejumlah cangkuk kecil yang mengarah ke belakang, dikenali sebagai filiform papillae. Lidah kasar ini membolehkan mereka menjilat tulang sehingga bersih dari cebisan daging. - Deria Bau
Kucing mempunyai organ tambahan yang membolehkan mereka “merasai” bau di udara, menjadikan deria bau mereka sangat sensitif. - Hidung Unik
Setiap hidung kucing adalah unik, sama seperti cap jari manusia. - Kucing Yang Dikembiri
Kucing jantan yang dikembiri hidup 62% lebih lama berbanding kucing yang tidak dikembiri, manakala kucing betina yang dimandulkan hidup 39% lebih lama daripada yang tidak dimandulkan. - Jangka Hayat Meningkat
Antara tahun 2002 dan 2012, purata jangka hayat kucing meningkat sebanyak setahun. - Misai Kucing
Misai kucing biasanya sama lebar dengan badannya, yang membantu mereka menilai sama ada mereka boleh melalui ruang yang sempit. - Cara Berjalan
Kucing berjalan dengan langkah yang sama seperti unta dan zirafah—kaki kanan hadapan dan belakang bergerak serentak, diikuti kaki kiri hadapan dan belakang. - Tidur dan Menggroom
Kucing tidur selama 12 hingga 16 jam sehari, dan mereka menghabiskan 1/3 masa berjaga untuk menggroom (menjilat bulu). Aktiviti ini membantu melancarkan aliran darah, mengawal suhu badan, dan membuat mereka berasa lebih selesa. - Kucing Boleh Bermimpi
Seperti manusia, kucing juga boleh bermimpi ketika mereka tidur. - Tanda Kasih Sayang
Apabila kucing menggosok muka atau badan mereka pada anda, itu adalah cara mereka menanda anda sebagai ‘kawasan’ atau milik mereka. Jika ekor mereka tegak dan hampir bergetar, itu tandanya mereka sangat gembira melihat anda! - Kucing Menunjukkan Perut
Apabila kucing menunjukkan perutnya kepada anda, itu adalah tanda kepercayaan dan mereka berasa selesa. Namun, ini bukan bermakna mereka mahu anda menggosok perut mereka. - Kucing Mengiau Hanya untuk Manusia
Mengiau adalah satu bentuk komunikasi yang kucing hanya gunakan untuk berkomunikasi dengan manusia, dan mereka boleh menghasilkan sehingga 100 jenis bunyi yang berbeza. - Bunyi Purring dan Penyembuhan
Bunyi dengkuran kucing (purring) bergetar pada frekuensi 25 hingga 150 hertz, frekuensi yang sama di mana otot dan tulang manusia sembuh. - Istilah Kucing
Kucing betina tua sering dipanggil “Grimalkin”, manakala pencinta kucing dikenali sebagai ailurophile, berasal dari perkataan Yunani kuno, ailuro, yang bermaksud kucing.
Fakta-fakta ini menunjukkan betapa uniknya kucing sebagai sahabat manusia, dengan keunikan biologi dan tingkah laku mereka yang mempesonakan.
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.