Tarikh: 30 November • 1 Disember 2024
Dalam usaha memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menduduki peperiksaan dengan selamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan operasi bantuan yang bermula pada 30 November 2024 dan berakhir pada 1 Disember 2024. Calon peperiksaan
Operasi Pengangkutan
ATM menggerakkan trak-trak tentera untuk menjemput pelajar dari kawasan terjejas. Mereka berusaha keras untuk memastikan semua pelajar tiba di pusat peperiksaan dengan selamat, walaupun berdepan cabaran seperti jalan licin dan arus deras.
Operasi ini melibatkan laluan mencabar Jalan Rantau Panjang – Pasir Mas (Kalbok 5), ATM telah menghantar seramai 189 pelajar dari SMK Rantau Panjang dan SK Gulai Tinggi ke pusat peperiksaan.
Cabaran yang Dihadapi
Keadaan jalan yang tidak menentu dan risiko tergelincir menuntut anggota ATM untuk sentiasa berhati-hati. Namun, semangat kerja berpasukan mereka membolehkan operasi ini berjalan lancar demi kesejahteraan pelajar.
Kesimpulan
Semoga calon peperiksaan SPM 2024 mendapat ketenangan dan kejayaan.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.