Tular satu video rakaman kejadian mencuri kasut di Putrajaya pada 20 Disember 2024 memberikan gambaran penjenayah semakin berani walaupun dikawasan perumahan yang dilengkapi kamera. Pencuri seorang pemuda sihat mengambil kesempatan ketika penghuni sedang tidur nyenyak. Dengan masa kejadian sekitar pukul 2 pagi, ia menunjukkan betapa liciknya tindakan pelaku yang berani melanggar privasi orang lain.
Waktu Malam pilihan Utama PENCURI
Waktu malam, terutama ketika orang ramai tidur, adalah waktu yang sering dimanfaatkan oleh penjenayah. Dalam kes ini, pencuri berani memasuki kawasan yang sepatutnya selamat, membuktikan bahawa tiada tempat yang benar-benar bebas daripada ancaman. Ini menimbulkan persoalan tentang langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh penduduk untuk melindungi harta benda mereka.
Kepentingan Sistem Keselamatan yang Berkesan
Kejadian ini menekankan pentingnya sistem keselamatan yang berkesan, seperti pemasangan CCTV dan sistem penggera Pintar yang boleh bertindak pantas memberi amaran awal. Dalam kes ini, sistem penggera tidak sensitif dan bertindak agak lewat. Pencuri dilihat tersentak dan tergesa-gesa melarikan diri bersama barang curi apabila kedengaran pembesar suara kamera.
Modes Operandi Pencuri
Suspek kebiasaannya akan membuat pemantaun terlebih dahulu keatas lokasi sasaran. Setelah dipastikan sasaran, suspek akan bertindak terutama semasa penghuni nyenyak tidur. Ada juga kes berlaku siang hari terutama ketika penghuni rumah keluar bekerja.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.