Lokasi  Video Kejadian

Lokasi kejadian adalah rumah kedai di kawasan Petaling Jaya Selangor. 

@puteri_hana21

Misteri titisan darah dari siling terjawab 10 April 2025, 3:29 pm PETALING JAYA – Suasana tenang di sebuah rumah kedai bertukar kecoh apabila seorang penyewa menemui cecair merah pekat yang menitis dari siling bilik. Penemuan mengejutkan itu membawa kepada pembongkaran kejadian tragis penemuan mayat lelaki yang tinggal di atas unit tersebut. Mangsa dikatakan sudah meninggal dunia selama beberapa hari. Menerusi perkongsian di TikTok @norman_affan, kejadian berlaku di sebuah rumah kedai apabila penyewa mengadu kepada pihak berkuasa mengenai bau busuk dan darah yang menitik dari siling biliknya. Menurut penyewa itu, terdapat lelaki warga emas tinggal di unit atas biliknya, namun sudah tiga hari tidak melihat kelibat individu berkenaan. “Ada darah menitik, pak cik (warga emas) dah tak keluar rumah tiga hari. Pintu rumah tidak boleh buka,” katanya. Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia memecah pintu rumah lelaki terbabit dan mendapati mayatnya berada di dalam sebuah bilik. Di ruangan komen, ramai yang menyifatkan penemuan darah itu sebagai ‘pertolongan’ daripada Allah buat si mati. “Tengok darah boleh orang tahu ada kematian. Sedangkan rumah atas itu kalau basuh tak akan bocor ke bawah,” kata @Mzailani0982. Artikel : Kosmo Online

♬ original sound – Malaysia Viral – Malaysia Viral

Titisan Darah Misteri

Seorang penyewa terkejut apabila mendapati titisan darah merah pekat menitis dari siling biliknya. Kejadian ini berlaku selepas beliau menyedari jirannya, seorang lelaki warga emas, tidak kelihatan sejak tiga hari lalu. Bau busuk mula terhidu, menimbulkan kebimbangan di kalangan jiran.

Penemuan Mayat di Unit Atas

Pihak bomba dan polis yang tiba di lokasi memecah pintu unit atas dan menemui mayat lelaki warga emas tersebut di dalam bilik. Lelaki tersebut dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari sebelum penemuan itu.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada