
BEIJING – Dunia diplomatik antarabangsa kecoh apabila dikatakan China memberi kata dua kepada Amerika Syarikat: “Kalau nak kami turunkan tarif, serahkan Taiwan kepada kami.”
Walaupun kenyataan ini berbunyi seperti plot filem politik, ketegangan antara dua kuasa besar ini – Amerika Syarikat dan China – memang benar berlaku, terutama sejak era kepimpinan Donald Trump.
Trump melancarkan perang tarif dengan semangat ‘America First’. Pada 2 April, beliau mengenakan tarif 54% ke atas barangan dari China. Negara-negara lain mula panik, tetapi China tenang sahaja – tiada poyo macam Trudeau, tiada kelam kabut macam Kesatuan Eropah.
PERANG EKONOMI: CHINA TUNJUK SIAPA BOS
China tak banyak cakap. Sebaliknya, mereka sekat eksport rare earth dan bahan penting untuk mikrocip. Trump tambah tarif ke 104%, China balas 84%. Naik lagi ke 125% – China pun balas 125%. Akhirnya, pasaran saham AS jatuh USD11 trilion.
Bila billionaire seperti Elon Musk mula mengamuk sebab kilang tak dapat bekalan cip, Trump pun pusing balik. Telefon bimbit, cip dan barangan elektronik dari China dikecualikan dari tarif. Trump tiba-tiba puji Xi Jinping sebagai “kawan baik” depan media.
White House telefon Beijing – tapi didakwa disambut dengan simbol jari tengah, siap gaya wrestling DX. China dengan selamba ‘fakof’ balik. Dan kini, mereka meletakkan syarat: kalau nak tarif diturunkan, serahkan Taiwan.
TAIWAN, PUTIN & KUASA GEOPOLITIK GLOBAL
Isu Taiwan bukan isu kecil. Ia adalah ‘garisan merah’ bagi China. Namun, untuk AS ‘menyerahkan’ Taiwan bukan sahaja sukar, malah bercanggah dengan dasar luar mereka sendiri. Adakah Trump akan bertindak, atau kecut di saat genting?
Nama Vladimir Putin turut timbul – dikatakan beliau menyimpan fail “Krasnov”, kompromat rahsia tentang masa silam Trump di Moscow. Jika benar, Trump kini tersepit antara dua kuasa besar.
Jika Rusia ambil kesempatan untuk minta NATO keluar dari Baltik, apakah nasib Estonia, Latvia dan Lithuania? Dunia kini berada di persimpangan. Kuasa lama mungkin tumbang, dan kuasa baru seperti China mula mendominasi.
Kesimpulannya? Permainan sabar, strategi ekonomi, dan kompromat kini lebih berbahaya daripada senjata nuklear. Kita hanya mampu tunggu dan lihat – siapakah yang bakal menang dalam catur geopolitik abad ke-21?
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.