
Remaja dan Eksperimen Vape : Trend Membimbangkan
Semakin banyak kita dengar tentang penularan penggunaan vape perisa “mushroom” atau cendawan dalam kalangan remaja. Ini bukan sekadar perisa pelik — ada kemungkinan sesetengah vape ini mengandungi bahan psikoaktif seperti psilocybin, iaitu sejenis bahan halusinogenik yang boleh memudaratkan kesihatan mental!
Kesan Buruk Vape ‘Mushroom’
- Halusinasi — nampak atau dengar benda yang tak wujud
- Kecelaruan mental dan kesukaran berfikir secara waras
- Serangan panik, paranoia, dan perasaan takut melampau
- Kemurungan dan risiko psikosis (masalah mental serius)
- Ketagihan serta kesan jangka panjang pada otak remaja
Amaran: Bahan ini boleh menyebabkan kerosakan otak kekal dan gangguan emosi serius, terutama jika digunakan berulang!
Apa Kita Boleh Buat?
- Elakkan mencuba vape dengan perisa yang mencurigakan.
- Didik remaja tentang bahaya bahan halusinogenik.
- Laporkan kepada pihak berkuasa jika ternampak penjualan produk vape yang mencurigakan.
- Sokong kempen kesedaran oleh KKM, AADK dan NGO berkaitan.
Jangan biar generasi muda kita hanyut dalam eksperimen yang boleh merosakkan masa depan mereka. Lindungi diri, lindungi komuniti.
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.