
Prosedur Penyerahan Slip Keputusan SPM 2024
Sekolah tidak dibenarkan menyerahkan slip keputusan murid melebihi pentas. Semua slip keputusan perlu diserahkan di kaunter mengikut kelas secara serentak di Dewan atau Kelas. Ibu bapa diharapkan tidak naik ke pentas semasa majlis ini. Garis panduan ini bertujuan memastikan proses penyerahan keputusan dilakukan secara teratur dan melibatkan semua calon tanpa menonjolkan segelintir pelajar sahaja.
Ucapan Pengerusi dan Pengetua
Pengerusi hanya dibenarkan memberikan ucapan secara umum tanpa menyebut nama pelajar tertentu atau membuat perbandingan pencapaian dengan sekolah lain. KPM menyediakan teks ucapan rasmi yang selaras untuk memastikan mesej yang disampaikan adalah seragam dan tidak menimbulkan sebarang kontroversi atau perbandingan yang tidak wajar.
Larangan Penggunaan Playcard
Sekolah tidak dibenarkan menyediakan atau membenarkan murid mempamerkan playcard (contohnya 11A, 10A) untuk dipaparkan atau bergambar di dalam kawasan sekolah. Langkah ini diambil untuk mengelakkan tekanan atau perbandingan yang tidak sihat di kalangan murid.
Nasihat: SPM Bukan Segalanya
Walaupun belajar penat-penat dan mungkin rasa seperti tidak dapat berbangga secara besar-besaran, perlu ingat bahawa SPM bukanlah segala-galanya. Keputusan SPM hanyalah satu langkah dalam perjalanan pendidikan dan kehidupan. Kejayaan sebenar bukan terletak pada pameran di pentas atau playcard, tetapi pada usaha dan ilmu yang telah kamu peroleh. Perjalanan ke hadapan masih panjang, penuh dengan onak dan duri—cabaran seperti persaingan dalam kerjaya, dugaan kewangan, atau halangan peribadi akan terus ada. Namun, ketabahan dan ilmu yang kamu miliki sekarang akan jadi bekalan untuk hadapi semua itu.
function copyText(button) { const text = button.parentElement.querySelector(‘p’).innerText; navigator.clipboard.writeText(text).then(() => { button.innerText = ‘Disalin!’; setTimeout(() => { button.innerText = ‘Salin’; }, 2000); }); }
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.