
Lori Hilang Kawalan Rempuh Kereta di Jalan Kuantan-Maran
Samada Pemandu Lori Mengalami Serangan Jantung, Sawan Atau Mabuk. Lori datang dari arah bertentangan , melintasi pembahagi jalan. Lori Mengalami Kerosakan teruk menunjukkan ianya bergerak pada kelajuan tinggi.
Dua individu maut dalam kemalangan tragik membabitkan lori dan kereta di Jalan Kuantan-Maran, dekat Kampung Batu 12, Kuantan, pada 14 Jun 2025. Kemalangan ini turut menyebabkan dua lagi individu cedera.
Dua individu maut dalam kemalangan tragik membabitkan lori dan kereta di Jalan Kuantan-Maran, dekat Kampung Batu 12, Kuantan, pada 14 Jun 2025. Kemalangan ini turut menyebabkan dua lagi individu cedera. pic.twitter.com/JcU7y33lyi
— Jazma Hamsi (@Jazma_Hamsi) June 16, 2025
Butiran Kemalangan
Kemalangan berlaku sekitar 3.30 petang apabila lori yang dipandu oleh M Jayavarman, 24, hilang kawalan, terbabas ke kanan jalan, dan merempuh kereta yang dinaiki Nurihan Mustapa, 57, bersama dua ahli keluarga. Kereta tersebut dalam perjalanan dari Kuantan ke Maran, manakala lori dari arah bertentangan.
Mangsa dan Kecederaan
Mangsa yang maut ialah Nurihan Mustapa, 57, dari Kampung Belimbing, Kuantan, dan pemandu lori, M Jayavarman, 24, dari Simpang Renggam, Johor. Nurihan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Jayavarman meninggal semasa rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat tersepit dalam kenderaan. Pemandu dan penumpang depan kereta cedera.
Siasatan Polis
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HTAA untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.