Legasi Bai Fang Li gigih Bantu Pelajar Miskin bersekolah

Pada tahun 1987, seorang penarik rickshaw berusia 74 tahun bernama Bai Fang Li pulang ke kampung halamannya dengan niat untuk bersara dari pekerjaan yang membebankan. Di sana, beliau melihat anak-anak yang bekerja di ladang kerana mereka terlalu miskin untuk membayar yuran sekolah. Bai kembali ke Tianjin dan menyambung semula kerjanya sebagai penarik rickshaw, menyewa sebuah tempat tinggal sederhana berhampiran stesen kereta api. Beliau sentiasa bersedia untuk pelanggan sepanjang masa, memakan makanan asas, dengan baju dan seluar  terpakai yang ditemuinya. Setiap sen yang diperoleh melalui kerja kerasnya digunakan untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan.

Dengan wang yang diperoleh daripada mengayuh trishaw, Mr. Bai Fang Li telah menyumbang untuk membiayai lebih daripada 300 pelajar miskin dalam yuran pengajian dan perbelanjaan hidup mereka, membantu mereka menamatkan pengajian. Mr. Bai tidak pernah mengharapkan ganjaran.

Harapan yang Rendah Hati

Apabila ditanya tentang apa yang diharapkannya daripada anak-anak tersebut, jawapannya yang rendah hati adalah, “Saya hanya mahu mereka belajar dengan tekun, mendapat pekerjaan yang baik, menjadi orang yang baik, dan memberi kembali kepada negara.

Penghujung Perjalanan

Setelah usia menjangkau  90 tahun, beliau tidak dapat lagi mengayuh trishaw. Sebaliknya, beliau mengambil upah menjaga kereta orang di stesen keretapi dan menyimpan sehingga 500 yuan sebelum mendermakan wang tersebut kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Pada tahun 2001,  beliau mengayuh rickshawnya ke Sekolah Menengah YaoHua Tianjin untuk menyampaikan wang derma terakhirnya berjumlah 500 yuan. Wang itu hasil dari dia bekerja menjaga kereta di stesen keretapi. Beliau memberitahu para pelajar bahawa beliau tidak dapat bekerja lagi. Semua pelajar dan guru terharu hingga mengalirkan air mata. Dan itu adalah kali pertama dalam hidupnya yang didengar oleh anak perempuannya, Bai Jin Feng, bahawa ayahnya berkata demikian.

Peninggalan yang Menginspirasikan

Mr. Bai Fang Li meninggal dunia pada 23 September 2005, di sebuah hospital, meninggalkan legasi yang menginspirasi generasi baru. Jumlah keseluruhan sumbangan Bai adalah sebanyak 350,000 yuan untuk membantu lebih daripada 300 pelajar miskin meneruskan pengajian mereka.

Pesan untuk Kita Semua

Jika seorang penarik rickshaw yang memakai pakaian terpakai dan tidak berpelajaran boleh menyokong 300 kanak-kanak untuk pergi ke sekolah, bayangkan apa yang anda dan saya boleh lakukan dengan sumber yang kita ada untuk membawa perubahan positif di dunia kita!

Legasi Mr. Bai Fang Li akan terus hidup dalam hati mereka yang telah dibantunya.
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn