Lapangan terbang di Dunedin, New Zealand, sekarang ni tengah viral sebab peraturan baru yang menghadkan masa pelukan selamat tinggal kepada tiga minit sahaja! ⏱️
Pihak pengurusan lapangan terbang antarabangsa di Dunedin ni terkejut dengan reaksi orang ramai terhadap peraturan baru di zon penurunan penumpang.
“Untuk elakkan kesesakan, kami pasang papan tanda baru, termasuklah tanda ‘Masa pelukan maksimum 3 minit’,” kata ketua eksekutif lapangan terbang, Daniel De Bono.
“Ini cara kami agak unik dan mengingatkan orang ramai bahawa zon penurunan penumpang perlu lancar untuk mengelakkan kesesakkan,” katanya.
Tapi jangan risau! De Bono berkata pelukan selama 20 saat pun dah cukup untuk lepaskan hormon oksitosin dan serotonin, iaitu hormon bahagia. Jadi, tiga minit tu dah cukuplah untuk ucap selamat tinggal dan rasa bahagia. 🥰
Kalau nak peluk lama-lama, bolehlah pergi ke tempat letak kereta. 15 minit pertama parking percuma!
Peraturan pelik ni dah jadi berita utama di seluruh dunia dan macam-macam reaksi orang ramai. Ada yang setuju, ada yang tak setuju.
Ada seorang wanita komen kat Facebook lapangan terbang, “Saya okay sebab tiada had masa minimum untuk pelukan.
Tapi ada jugak yang tak puas hati. “Polisi Peluk?! Ini memang peliklah! Pelukan kan banyak manfaat, terutamanya untuk kesihatan mental,” kata seorang lagi pengguna.
Lapangan terbang tu cakap diorang dah mulakan peraturan ni sejak September hari tu, tapi takdelah dapat perhatian sangat masa tu.
“Kami terkejut tengok betapa ramai orang di seluruh dunia yang berminat pasal benda ni,” kata Sarah Soper, eksekutif pemasaran dan komunikasi lapangan terbang. 🌎
🤔 Apa pendapat korang pasal peraturan ni? Okay ke tak okay? Kongsikan pandangan korang di ruangan komen! 👇
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.