Baru-baru ini, Senator Josh Hawley (R-MO) telah mencetuskan perdebatan hangat dengan mengemukakan rancangan undang-undang  melarang penggunaan DeepSeek, teknologi AI terkini dari China. Rancangan ini mencadangkan hukuman berat termasuk penjara hingga 20 tahun dan denda hingga AS$100 juta bagi mereka yang melanggar larangan tersebut.

Apa Itu DeepSeek?

DeepSeek telah menjadi perhatian global kerana prestasinya yang luar biasa, setanding dengan chatbot AI terkemuka di AS. Keberkesanan dan kecekapan DeepSeek membangkitkan kebimbangan di kalangan penggubal undang-undang AS dan mengaitkan  potensi ancaman terhadap keselamatan negara.

Isi Cadangan Undang-Undang

Cadangan undang-undang ini melarang mana-mana teknologi atau harta intelektual yang berasal dari China daripada diimport ke AS. Pelanggaran terhadap undang-undang ini boleh mengakibatkan hukuman penjara yang ketat serta denda yang besar, menjadikannya langkah paling agresif terhadap AI yang pernah ada.

Reaksi Pasaran dan Kesan Ekonomi

Rancangan undang-undang ini ekoran pelancaran Deepseek telah menyebabkan kesan langsung terhadap pasaran saham AS, di mana saham Nvidia, salah satu pemimpin dalam industri cip AI, mengalami kerugian besar. Ini menimbulkan kebimbangan mengenai kelangsungan bekalan cip kepada entiti China.

Benarkah Keselamatan atau Kepentingan Ekonomi

Seperti biasa, Mitos AS menggunakan alasan keselamatan negara dan kepentingan ekonomi AS untuk menakut-nakutkan pengguna. Mereka berhempas  untuk mengatasi  kemajuan teknologi AI di China. Deepseek benar-benar menyaingi keunggulan teknologi AS.

Kesimpulan

Dengan pengenalan cadangan undang-undang ini, terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan campur tangan berlebihan dan motivasi di sebalik tindakan tersebut. Namun, dengan saingan  oleh DeepSeek, jelas bahawa perhatian terhadap AI dari China akan terus meningkat. Masa depan teknologi AI di AS mungkin tergugat dan akan didominasi oleh China dimasa hadapan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada