Ramai bertanya terutama generasi TikTok dari mana datangnya perkataan Gohek Gostan.
Asal perkataan dikatakan hasil skrip filem Tiga Abdul arahan Tan Seri P.Ramlee diterbitkan pada 1964.
Apabila diselidiki perkataan Gohet di ambil dari perkataan Inggeris GoAhead yang bermaksud bergerak kehadapan.
Manakala Gostan diambil dari perkataan Inggeris ‘Go Astern’ memberi makna bergerak kebelakang atau undur. Perkataan setara yang yang sering diguna pakai ialah ‘reverse’ atau ‘ gear reverse’
Perkataan ‘ Go Astern’ sering diguna pakai oleh kelasi kapal laut.
Perkataan ‘ Gohek’ dan ‘gostan’ telah dimasukkan ke dalam kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat sebagai bahasa slanga (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi) yang masing-masing membawa maksud gerak kehadapan dan undur ke belakang.
1) Gohek
2) Gostan
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.