Satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap diabetes, dan negara ini tergolong dalam kalangan yang paling obes di Asia. Namun, makanan serta minuman sarat gula masih menjadi kegemaran, sementara cukai gula yang diperkenalkan lima tahun lalu gagal membendung peningkatan penggunaannya.