Zoo Jepun Larang Lelaki Bujang Masuk, Ini Sebabnya!

Healing Pavilion, sebuah zoo interaktif di Tochigi, Jepun, telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan larangan terhadap lelaki yang datang bersendirian. Keputusan ini dibuat selepas pemilik zoo, Misa Mama, mengalami gangguan berulang daripada lelaki yang cuba menggodanya serta mengganggu pengunjung wanita lain.