Tarikh Tutup Permohonan: 22hb Mei 2023
Eksekutif Komunikasi Korporat
(Perhubungan Awam)
Bidang tugas
1) Perhubungan Awam
• Mengurus dan mengendalikan sebarang komunikasi secara strategik dan mengikut protokol
melibatkan rakan kongsi, pemegang taruh atau pihak berkepentingan.
2) Pengurusan dan Perhubungan Media
• Mengurus dan mengendalikan sebarang data, komunikasi dan perancangan bersama media
serta pembelian media, sama ada secara terus atau melalui khidmat pihak ketiga.
• Membina dan menjalinkan hubungan dua hala yang baik bersama rakan media dan pihak
pempengaruh.
• Menjawab sebarang persoalan yang ditimbulkan di media sosial yayasan.
3) Pengurusan dan Pengendalian Majlis dan Acara
• Merancang, mengatur dan melaksanakan acara korporat berskala besar, dan memacu penglibatan dan kempen tanggungjawab sosial korporat.
4) Penulisan dan Pengendalian Kandungan
• Menyediakan penulisan dan bahan sebagai isi kandungan dan rujukan terkini yang berkaitan
serta khidmat penyuntingan bahan mengikut keperluan komunikasi dan penjenamaan serta objektif syarikat, sama ada untuk penggunaan kempen di media traditional atau digital.
Syarat Permohonan
a) Warganegara Malaysia, berumur tidak lebih dari 40 tahun pada tarikh tutup iklan.
b) Kelayakan
(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi korporat atau yang berkaitan dari Universiti Tempatan atau luar negara;
(ii)Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;
(iii) Mempunyai Pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang Komunikasi Korporat. Pengalaman dalam
industri sawit menjadi satu kelebihan;
(iv) Berpengalaman dan berkeyakinan dalam mengurus dan mengendalikan majlis dan program rasmi
(v) Mempunyai kemahiran teknologi maklumat yang baik dan berkebolehan menggunakan media sosial dengan berkesan;
(vi) Peka, sensitif dengan isu-isu semasa yang melibatkan industri sawit diperingkat nasional dan antarabangsa serta berkeupayaan untuk menganalisa dan menangani isu;
(vii) Berupaya mewujudkan rangkaian komunikasi dalam dan luar negara;
(viii) Berkebolehan dalam penulisan laporan dan berita; dan
(ix) Boleh bekerja dalam satu pasukan.
Hantarkan Resume Anda ke hr@mpogcf.org.my
atau
Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF)
Level 12-3-3A PJX HM Shah Tower, 16A, Persiaran Barat,
Pis 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor