Pemandu Mercedes-Benz Ditahan Selepas Kereta Terbakar di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai SPE
Seorang lelaki berusia 34 tahun telah ditahan pihak polis selepas Mercedes-Benz GLE450 AMG Coupe yang dipandunya terbakar di KM18.1 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju. Insiden ini juga dikaitkan dengan kes langgar lari melibatkan seorang penunggang motosikal.