Resdung antara alahan yang sering dialami akibat cuaca dan pemakanan tertentu seperti belacan dan cencaluk. Serangan biasanya berlaku diwaktu pagi. Hidung dan mata serta telinga akan merasa gatal yang sukar diredakan. Kebiasaannya diikuti oleh bersin yang ekstrem.
Rawatan paling mudah ialah menggunakan wap kayu manis.
Caranya
1️⃣🔹Rendam 3-5 batang kayu manis dalam air panas.
2️⃣🔹Kacau perlahan-lahan sehingga air bertukar warna sedikit kemerahan.
3️⃣🔹Cuba sedut wap air kayu manis beberapa kali.
4️⃣🔹Gunakan tuala yang direndam dengan air kayu manis dan tekap pada bahagian muka.
Pastikan air kayu manis tidak terlalu panas dan tidak mencederakan kulit.
Untuk lebih berkesan, gunakan tuala besar atau tuala mandi kelubung supaya wap air kayu manis terkepung di bahagian muka.
Sedut wap kayu manis berulang kali untuk tempoh 10 minit . Ulang proses wap selepas 5-6 jam. Insyaallah resdung akan lebih terkawal.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.