Artikel ini petikan tanpa edit dari Facebook perkongsian seorang bekas peniaga dalam rangkaian ponder kosmetik. Semoga kisah ini menjadi pedoman untuk kita semua.

Artikel ini asalnya di Facebook Kumpulan B40 BUAT APA HARI INI khabarnya telah dipadamkan sebanyak 3 kali oleh admin.

PENDEDAHAN EX-FOUNDER

Assalamualaikum semua, aku sebagai ex founder nak reveal sikit pengalaman buat bisnes tahun 2016 dahulu.

1. GENG FOUNDER
Atas ajakan rakan , aku sertai komuniti founder berpusat di negeri Vlantan. Diorang invite sebab diorang kata aku ada rupa dan boleh success. Kalau korang pernah tengok satu video founder2 berkumpul OOTD dalam sebuah rumah , ha geng tu la. Aku pun ada , tapi sebagai picisan je. Sebab aku bukan bangsa K , so taraf aku jatuh gred B atau C je.

2. SUPPLIER
Kilang kosmetik OEM bertaraf GMP ada di Vlantan , Kedah , Selangor , Perak dan Selangor. Aku dulu guna kilang di Jalan Klang Lama. Femes sebab time tu dia banyak jadi supplier Pomade. Masa aku lawat kilang , banyak spot banyak produk artis dan beberapa jutawan yang aku ingat dia ada kilang sendiri. Rupanya OEM juga. 😅.

Geng lain ada yang suggest pakai kilang thailand. Jauh lebih murah. Tapi disebabkan aku di Klang Valley , saya ambil disini saja. Lagipun diorang taknak bagi aku deal sendiri dengan kilang. Kena melalui diorang. Mungkin sebab aku bukan bangsa K. Produk Thailand juga dikenali Timbang Kilo , seperti gambar. Tak tau macam mana diseludup masuk tapi packaging kena buat sendiri.

3. PERBINCANGAN
Masa discuss dengan kilang , aku buat keputusan nak buat Krim Muka. Kilang listkan nak bau macam mana , bentuk macam mana . Ketika tu takda packaging. Buat diluar dan hantar ke kilang. MOQ minimum 500pcs. Satu jatuh kos RM 10.80. Aku boleh jual retail dalam RM30. Kilang tu sendiri akan uruskan dapat NOT KKM. Kalau buat di kilang thailand , kos modal quote dalam RM 3.40 (seplastik) tapi urusan KKM aku kena uruskan sendiri. Kalau korang ingat ada founder yang produk dia kantoi ada merkuri , haa dia pakai kilang Thailand la tu.

4. MODAL.
Kos produk awal dalam 15k. Kos marketing spend minimum dalam 30k termasuk sewa kereta , rumah dan fb/ig ads. Waktu tu tiktok orang tak pakai sangat dalam bisnes. So aku buat loan 40k dan tambah sikit duit simpanan dalam 10k.

5. DATABASE
Waktu tu Geng Founder ada share database agen yang bernaung bawah mereka. Tapi kena bayar sikit. Tak ingat berapa tapi dalam 5k jugak. Jadi jangan terkejut kalau korang jadi stokis untuk produk A, tiba-tiba dapat invitation jual produk B pulak. Cuma stokis ni satu je mindset dia , produk baru , jadi yang terawal jual cepat2. Lepas tu cari produk lain.

6. MARKETING
Ada beberapa founder yang memang ada kereta super mewah akan bantu bagi kereta kat kami untuk marketing. Pilih je nak kereta apa. NAMA AKAN DITUKAR SEMENTARA KEPADA NAMA KAMI. TERMASUK INTERCHANGE NUMBER PLAT DAN SPRAY WARNA BARU. Dan ada agreement. Biasanya tempoh sewaan dalam 3 bulan ke setahun. Takda bayaran dikenakan. Cuma mereka nak percent daripada jumlah keuntungan untuk sepanjang tempoh ‘sewaan’ tu . Bagi owner yang success, dia akan beli terus kereta tu sebab taknak dicop scammer bila tiba-tiba naik myvi 3rd gen dengan masalah oil filternya. Malu wey.
.Bagi yang melingkup awal , kereta mewah tu akan dipulang balik.

Selain kereta , Founder juga ada buat sewaan rumah mewah untuk tujuan marketing sahaja. Biasanya kami ambik beribu gambar dalam beberapa hari dan dengan baju yang berbeza . Tapi gambar tu akan dipost di media sosial sikit2 setiap hari. Oleh sebab lokasinya jauh di Vlantan , aku sewa 3 hari je.

6. JUALAN.
Aku berjaya jual 6000 pcs dalam masa seminggu je. Tapi semua aku jual dengan agen. Agen yang biasa buat fake review dan marketing. Keuntungan aku dapat dalam RM 12 setiap satu. So untung kasar dalam RM 90,000. Untung bersih dalam RM 40,000. Kalau aku pakai kilang Thailand, untung bersih aku akan jadi dalam 100k -200k. Sebab tu geng yang buat di kilang Thailand , mudah nak jadi jutawan dengan 2-3 cycle je.

7. END OF STORY
Oleh sebab aku start dengan beberapa penipuan , maka rasa bersalah dan aku tak sanggup teruskan. Dan aku pun stop. Ramai agen bising barang tak dapat dijual sebab aku tak aktif dalam IG dan dah stop upload gambar .

Ni antara penipuan aku buat yang juga diajar oleh Geng Founder :

1. Acah-acah ada kereta mewah. Penipuan dapat disorok sebab kereta tukar nama kepada nama aku dan nombor plat pun tukar.

2. Overclaim. Buat review palsu bersama agen dan founder lain Kami bertukar-tukar review je. Tapi banyak penipuan review agen yang buat dan share sesama diorang. Waktu tu aku ada dalam 40-50 orang agen satu Malaysia.

3. Acah-Acah ada rumah mewah. Padahal semua fake. Aku ambik beratus gambar dan upload ke IG sikit-sikit atas nasihat founder lain. Aku stop upload sebab setiap kali upload memang rasa bersalah teramat.

4. Yang ni aku tak buat. Tapi kesalahan aku adalah diamkan sahaja benda ni. Banyak produk Timbang Kilo dipasaran lulus KKM. Sebab apa yang dihantar untuk test lain. Tapi apa yang dijual lain. Harap KKM boleh perbanyakkan operasi. Ni antara skandal penipuan terbesar oleh Geng Founder ni

*Ada banyak lagi .

Bila mula dengan penipuan , kita akan tutup penipuan dengan penipuan juga.

Akhirnya , untung aku tu aku bagi sama rata dengan semua agen dan bayar full settlement loan. Sebab aku tak rasa keberkatan pun bila belanja duit tu.

Founder yang korang tgk kt ig/tiktok tu memang legit , tapi setelah berbisnes 1-3 cycles. Sebab lepas berjaya , dia akan beli rumah dan kereta mewah. Cuma , kejayaan mereka bermula dengan penipuan. Ada juga founder yang lepas sukses first cycle , stop buat dan gunakan untuk bukak restoren , kedai elektronik dan lain-lain.

SEKADAR PEDOMAN UNTUK SEMUA.

Sekian .

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn