Bahaya betul produk kosmetik penuh toksik dan racun

This post has already been read 138 times!


Nak cantik pun perlu semak terlebih dahulu kosmetik kosmetik dijual tanpa mengambilkira kesan kepqda kesihatan pemakainya.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mohd Radzi Abu Hassan dalam kenyataan memberitahu, notifikasi produk berkenaan sudah dibatalkan dan tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM ingin menggesa orang ramai mengelak membeli dan menggunakan produk kosmetik ini.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk ini dalam kadar segera.

“Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Dr Mohd Radzi berkata, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama.

Orang awam yang masih menggunakan produk kosmetik itu dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Ia boleh menyerap masuk ke dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang dan sistem saraf.

4 produk disahkan beracun:

Bestie Moisturizer Cream

Abyra Seaweed Skin Care – Seaweed Cell Renewal Night Cream

Gerbera Beauty – Treatment and Repairing Night Cream

Gerbera Beauty – Whitening Night Cream

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Gam Akasia dan kelebihannya