Sebab tidak memiliki ilmu, kulit tembikai mengandungi ubat penting selalunya dihumban ke tong sampah.
Kajian mendapati terdapat 4 ubat semulajadi dalam kulit tembikai.
1. Merawat dan memulihkan masalah mati pucuk (Erektil Disfungsi) yang bukan akibat dari pengambilan ubat darah tinggi atau kolesterol.
Kuasa kulit timun meningkatkan tenaga batin datang daripada asid amino citrulline, yang tertumpu di dalam kulitnya.
Resepi turun temurun membuat acar kulit tembikai dengan jus lemon dan taburkan serbuk cili membantu menstabilkan fungsi jantung dan organ kelamin.
2. Asid Amino Citrulline menggalakkan fleksibiliti saluran darah Kesannya tekanan darah tinggi akan dapat distabilkan.
3. Ia kaya dengan serat
Serat membantu mengekalkan pergerakan usus yang teratur dan boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kolon.
Serat juga membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan gula dalam darah.
4. Untuk merawat obesiti
Makanan dengan serat mengenyangkan anda dengan lebih cepat dan tempoh lama.
Cara ini akan mengurangkan pengambilan karbohidrat atau makanan proses segera. Hasilnya kulit tembikai akan membantu mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.