Panduan Penjagaan Kereta Auto untuk memanjangkan jangka hayatnya

schedule
2023-07-03 | 03:30h
update
2023-07-03 | 03:35h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Panduan Penjagaan Kereta Auto untuk memanjangkan jangka hayatnya

This post has already been read 379 times!

1. Sentiasa menepati jadual servis minyak ATF

Minyak kotak gear ATF perlu diganti setahun sekali bergantung pada cara pemanduan anda.

Formula yang biasa digunakan oleh mekanik ialah minyak ATF perlu ditukar baru selepas 3 kali penukaran minyak enjin.


Lebih kurang setiap 30,000 kilometer perjalanan minyak ATF perlu diganti baru.

Walaupun dengan pandangan mata kasar tidak nampak kekotoran kepada minyak ATF tetapi kelikatan semakin merosot tidak dapat melindungi gear dari kerosakan.




Enapan besi juga yang boleh menjejaskan gear perlu dikeluarkan segera.

Minyak ATF baru akan dapat mengembalikan perlindungan kepada kotak gear.




2. Ganti penapis gearbox (auto filter)

Bergantung kepada model kereta, contohnya model kereta Auto tahun 2000 keatas, kebanyakannya mempunyai 2 jenis penapis di dalam gearbox. Satu penapis berada di bahagian dalaman gearbox yang mana ia tidak perlu diganti melainkan gearbox mengalami masalah kritikal. Lagi satu penapis berada di bahagian oil sum gearbox, ia perlu diganti setiap kali anda servis minyak ATF.


3. Gearbox Treatment atau minyak tambahan mampu memanjangkan jangka hayat gearbox.

Gearbox treatment berfungsi untuk mengurangkan daya geseran yang tinggi dan mengawal suhu melampau dalam gearbox. Komponen dalaman gearbox juga mendapat perlindungan penuh dari segala faktor kehausan fizikal.

Minyak perawat kotak gear meningkatkan keupayaan untuk memelihara sifat keanjalan kesemua getah penutup yang terdapat di dalam gearbox.
Dengan penggunaan gearbox treatment, masalah gangguan tekanan hidraulik dapat diatasi.

Anda juga dapat merasakan pertukaran gear yang lancar dan lembut sepanjang penggunaan minyak perawat.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Sebelum beli kereta di Jepun mesti memiliki tempat parkir yang sahAMP

22/08/202422/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

[Video] Pemilik Tesla guna elektrik Tanpa melalui meter terbongkarAMP

18/08/202418/08/2024AMP bicaraminda
2 mins read

Proton X70 2025 wajah baru kini berada dipasaranAMP

16/08/202416/08/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
27.08.2024 - 07:56:04
Privacy-Data & cookie usage: