This post has already been read 461 times!

Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dijangka akan mula beroperasi pada 1 Mac 2025 dan memberi manfaat kepada dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang.

Tren LRT 3



Menurut laporan Bernama, projek LRT3 itu kini sedang rancak dilaksanakan dan kemajuan pembinaan projek tersebut telah mencapai 86 peratus.


“Kerja-kerja pembinaan hampir siap, sekarang ini juga rancak dilaksanakan kerja-kerja berkenaan dengan sistem kawalan isyarat dan sebagainya.

“Dijangkakan LRT3 mula beroperasi pada 1 Mac 2025 iaitu 18 atau 19 bulan dari sekarang, kita menjangkakan projek ini bakal memberikan kemudahan kepada lebih dua juta penduduk di sekitar pantai barat Lembah Klang terutamanya dari Petaling Jaya ke Klang,” kata Menteri Pengangkutan Antony Loke.

Beliau membuat ulasan selepas meninjau perkembangan dan prestasi Projek LRT3 Laluan Shah Alam di Depoh Johan Setia.

Loke berkata projek yang menelan belanja RM16 bilion itu mempunyai 22 tren 3-gerabak dengan kapasiti membawa 18,630 penumpang setiap jam.


“Operasi LRT 3 melibatkan dua stesen pertukaran, iaitu di Bandar Utama yang menghubungkan laluan MRT Kajang Line ke LRT3 dan Glenmarie yang menghubungkan antara LRT Kelana Jaya Line dengan LRT3.


Loke menambah kesemua tren telah bersedia dan sedang diuji supaya dapat beroperasi dengan baik selepas dibuka untuk pengguna kelak.

Sumber: Bernama

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.