This post has already been read 386 times!
Kehidupan penuh dengan keunikan. Sebahagiannya tidak disedari oleh kebanyakan manusia
.
1. Anak Mata merah ketika difoto menggunakan lampu kamera
Anak Mata yang menyala ketika difoto malam hari menggunakan lampu kamera oleh kerana kesan dari pembuluh darah yang berada di bahagian belakang bola mata.
2. Panjang telapak kaki dan lengan adalah sama
Sekarang cubalah ukur letakkan telapak kaki di bahagian dalam lengan, anda tentu akan tercengang lantaran panjangnya sama.
3. Coklat menjana rasa bahagia
Rupa-rupanya coklat (asli tanpa sebarang campuran) meningkatkan hormon gembira endorfin dan dorfamin yang memberi rasa sayang dan menurunkan tekanan perasaan.
4. Jangka hayat air mineral
Penanda ‘expire/tamat tempoh” di botol minuman mineral menunjukkan masa jangka hayat botol bukan airnya.
5. Papan kekunci komputer membiak banyak bakteria berbanding dari tandas
Satu kajian mendapati di dalam papan kekunci terdapat 20kali lebih tinggi bakteria yang bersarang. Cumanya bukan semua bakteria adalah jahat. Sebahagian besar bakteria adalah baik dan berguna untuk kesihatan.
6. Bentuk dan corak lidah pengenalan diri
Sama seperti cap jari, setiap orang memiliki cap jari dan corak lidah yang unik dan ini boleh digunakan untuk mengidentifikasi seseorang.
7. Air mata sedih dan bahagia berbeza
Tidak banyak yang tahu, air mata manusia memiliki bentuk yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah mikroskop sesuai dengan penyebabnya.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.