Honda WR-V tampil dengan saingan sengit Perodua Ativa

schedule
2023-07-12 | 22:42h
update
2023-07-12 | 22:42h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Honda WR-V tampil dengan saingan sengit Perodua Ativa

This post has already been read 301 times!



SUV kompak Honda WR-V akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Julai 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre.



Honda Malaysia membuka tempahan SUV berkenaan sejak 12 Jun lalu dan turut memberi peluang kepada orang ramai melihat secara dekat model terbaharu tersebut pada acara jelajah di negeri terpilih.

Honda WR-V dilengkapi dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasllkan kuasa 121PS dan tork maksimum 145Nm bersama transmisi CVT.

Janakuasa yang sama digunakan pada City dan varian asas HR-V.
Pasaran tempatan turut bakal menerima varian RS yang dibezakan penampilan kosmetik pintar menerusi gril krom, rim aloi dua roda warna bersaiz 17-inci, cermin sisi boleh lipat elektrik serta lampu depan, lampu kabus dan lampu nyala siang (DRL) dengan ciri LED.


Kerusi menampilkan ciri keselesaan melalui penggunaan bahan kulit campuran hitam sintetik dan fabrik bersama jahitan benang merah.
.
Sistem infotainmen dalam kabin ditampilkan oleh skrin LCD 7-inci dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay, dua port USB, paparan kamera undur pelbagai sudut, Honda Connect telematik, pedal shifter dan enam pembesar suara.


WR-V serba baharu dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan Pintar, termasuk Honda Sensing, teknologi keselamatan yang komprehensif dan termaju yang terdiri daripada 7 fungsi keselamatan:

1) Sistem pembrekan mitigasi pelanggaran (CMBS)
2) Sistem bantuan kekal lorong (LKAS)
3) Sistem mitigasi keluar jalan dengan amaran keluar lorong (RDM dengan LDW)
4) Lampu suluh tinggi auto (AHB)
5) Kawalan jelajah adaptif (ACC)
6) Sistem notifikasi kereta depan keluar lorong (LCDN)
7) Honda LaneWatch


Honda WR-V menjadi pesaing terdekat dengan Perodua Ativa. Berikut perbezaan dimensi kedua-dua model.


Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

3 mins read

Cabaran Kebakaran Kenderaan Elektrik (EV) dan PenyelesaiannyaAMP

17/09/202417/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Lori terpanjang di duniaAMP

03/09/202403/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Bilangan kenderaan tersadai Malaysia lebih 2 jutaAMP

31/08/202431/08/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
19.09.2024 - 16:01:08
Privacy-Data & cookie usage: