SarkCyber Motosikal EV bakal memasuki pasaran Malaysia September 2023

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Superlux Auto Sdn Bhd bakal memperkenalkan 3 model motosikal EV SarkCyber Innovation dari China pada September 2023.




Superlux akan memasang tiga model skuter elektrik iaitu HC10 yang akan ditawarkan pada harga bawah RM40,000; HC200 (bawah RM10,000); dan eB1 (bawah RM5,000).

Bagi HC10, skuter terbabit hadir dengan spesifikasi seperti kelajuan 125 kilometer sejam (km/j), kuasa maksimum 18,000 watt, tork puncak 350Nm, jarak perjalanan 180 kilometer (km).

Bagi HC200 pula tampil dengan spesifikasi seperti jarak perjalanan 73 km, kelajuan maksimum 70 km/j; kuasa maksimum 4,500 watt, tork puncak 135Nm.

Model eB1 pula direka untuk perjalanan dekat yang lebih ekonomi dengan kuasa maksimum 800 watt; tork (120Nm); jarak perjalanan 50km; dan kelajuan 50km/j.

SarkCyber dengan bateri mudah tanggal sesuai untuk pengecasan dirumah. Tempoh pengecasan penuh hanya 3 jam sahaja.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ SarkCyber Motosikal EV bakal memasuki pasaran Malaysia September 2023
] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top