This post has already been read 410 times!
Motosikal EV BlueShark tampil dengan rekabentuk mudah tukar tanpa perlu menunggu lama distesen pengecasan.
Sistem Bateri mudah alih motosikal BlueShark menjadikan pertukaran bateri sepantas kilat. Lebih bersih, lebih cepat dan lebih mudah daripada mengisi bahan api atau mengecas. Tiada lagi keperluan menunggu bateri dicas penuh
Bateri canggih Blueshark mempunyai jangka hayat 4 kali lebih lama daripada bateri konvensional.
Ia hanya mengambil masa beberapa saat untuk menukar bateri yang habis dengan yang baru dicas.
Selain itu, anda boleh mengecas di rumah hanya dalam masa 3.5 jam dengan pengecasan Blueshark.
Bateri Blueshark ialah bateri pintar. Terdapat 20 set penderia dibenamkan dalam satu pek bateri yang membekalkan data untuk mengoptimumkan penggunaan kuasa.
Sistem bateri berkembar memberi jarak perjalanan sehingga 110km.
Fasa permulaan , Lokasi Bluestation yang menyediakan perkhidmatan tukar bateri BlueShark seperti dibawah:
1) Petronas Desa Mentari
Alamat: Lot PT 621, HS(D) 173396, Jalan Klang Lama, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor
2) Petronas Batu 3 Persekutuan
Alamat: Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan, 47500 Subang Jaya, Selangor
3) Petronas Seksyen 13
Alamat: Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Petronas USJ 6
Alamat: l. USJ 6/2j, Usj 6, 47500 Subang Jaya, Selangor
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.